i. Mengapa kita beriya2 mengambil 'badge guide?'. Apa istmewanya jika kita jadi guide? Pernah tak kita bertanya 'guide2' yang lebih 'senior' (terutamanya City Guide di Kuala Lumpur), apa kebaikan dan keburukan jika kita dapat lesen 'guide?'
ii. Minta maaf jika saya silap - sebenarnya kebanyakan kita yang 'tercebur' dalam bidang ini sebab kita terikut2. Bila hanya terikut2, kita terpinga2, bila terpinga2, kita jadi macam ketinggalan jika orang lain ke depan. Masalahnya kita tidak mahu berusaha lebih sikit!!! Kita hanya mahu menghentam dan sebagainya. Contoh: Dah ada 'badge' tapi tak ada 'assignment'. Kena faham bahawa 'assignment' tak datang bergolek ke riba kita! Kita kena keluar mencarinya. Orang tak kenal kita, agensi pelancongan tak kenal kita, dan jika kenal pun tidak tahu kebolehan kita, so, kita kena usaha sendiri dengan berjumpa mana-mana agensi pelancongan dan memberitahu bahawa kita adalah 'guide' yang bertauliah!
Sebagai AJK, kami berharap sangat ahli-ahli memberi kerjasama. Paling tidak rajin2lah sms, helo ataupun bertanya dengan kami.
No comments:
Post a Comment