About TTGA

My photo
Terengganu Tourist Guide Association, YOUNG BUT DYNAMIC.... WE SHARE AND WE CARE!

Tuesday, August 25, 2009

Terlibat Secara Tidak Sengaja

Pada awal tahun ini (dah lupa tarikh), MTPN dan Hera Alam ada menganjurkan program Sungei Berang Uncovered. TTTGA tidak dipanggil untuk terlibat secara langsung. Cuma kebetulan, saya diminta menjadi urusetia (kerana menggunakan pejabat saya sebagai ofis sementara), dan saya memberikan kerjasama mana yang terdaya....

Semasa melawat tapak, sehari sebelum program berlangsung, saya memanggil TG Norman memandangkan beliau yang paling dekat untuk membantu menjaga beberapa buat kayak (beliau meminta TG Wan Hassan dari Kenyir membantunya untuk berjaga sepanjang malam). Saya juga meminta TG Norman menjadi 'leader' berkayak dan TG Wan Hassan menjaga barang2 berharga peserta. (Semua idea ini saya peroleh semasa menyertai Ekspidisi Berkayak yang dianjurkan oleh Tuan Pengerusi di La Hot Spring hingga ke Kuala Besut sebelum itu. Terima kasih banyak Tuan Pengerusi!). Saya memerlukan TG Norman kerana saya dapati tidak ada sesiapa yang bakal mengepalai acara berkayak ini sedangkan sepatutnya mesti ada pasukan penyelamat mahupun mereka yang layak bermain kayak supaya dapat membantu peserta yang rata2 tiada pengalaman berkayak.... TG Ibrahim pun turut serta kerana saya memanggil beliau dan kebetulan beliau ada kelapangan pada masa tersebut. Alhamdullillah, program tersebut berjaya walau pun terdapat cacat cela di sana sini... Biasalah, apa-apa even pun tidak akan dapat memenuhi hati semua orang kan?

No comments:

Post a Comment