About TTGA

My photo
Terengganu Tourist Guide Association, YOUNG BUT DYNAMIC.... WE SHARE AND WE CARE!

Wednesday, September 23, 2009

Management Meeting MTGC - ditunda ke tarikh lain

MTGC sepatutnya mengadakan mesyuaratnya pada hujung Oktober ini bertempat di Kuala Terengganu.  Memandangkan masa yang agak suntuk serta beberapa perkara lain yang tidak dapat di selesaikan dalam masa terdekat ini, maka mesyuarat berkenaan terpaksa di tunda ke satu tarikh lain (mungkin tahun hadapan).  Sememangnya agak terkilan sedikit kerana kami AJK, beriya2 mendapatkan 'bidding' supaya mesyuarat berkenaan diadakan di sini, tetapi terpaksa melalui proses yang agak panjang terutama bagi mendapatkan tajaan penginapan, makan minum serta pengurusan logistik yang memerlukan masa yang panjang supaya tidak timbul masalah nanti.  Apa pun, kita terpaksa akur dan berharap ianya dapat dijalankan pada masa akan datang.  Melalui mesyuarat ini, ramai ahli MTGC seluruh Malaysia akan hadir dan dari situ kita akan banyak belajar.....  Peluang seperti ini sememangnya dinantikan kerana kesemua mereka yang hadir adalah 'senior2' yang banyak pengalaman dalam bidang ini.  Mereka juga berkebolehan berbagai bahasa... ada yang mahir berbahasa Perancis, Rusia, German, Arab, Jepun, Belanda, Sepanyol dan macam2 lagi.  Mereka tidak lokek mengajar dan memberi tips (bukan RM) kepada kita. 

Baru2 ini beberapa oleh ahli TTGA telah ke Genting Highland untuk mengikuti CTRE bersama-sama dengan PTGA (anjuran PTGA).  Tentu mereka melalui pengalaman baru dan menyeronokkan.  Harap tahun hadapan kita dapat mengadakan CTRE sendiri dengan kerjasama semua AJK. 

Oleh kerana kita masih dalam mood berhari raya, saya mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir batin...
Jangan lupa ke rumah terbuka MTPN di Muzium pada 28hb nanti.  Harap tolong beritahu kawan2 TTGA yang lain..  Terima kasih

1 comment:

  1. Yelah, sabar lagi TTGA....lebih masa untuk buat persediaan, kan bagus juga,

    "SELAMAT HARI RAYA"
    MAAF ZAHIR BATIN

    KEPADA SEMUA ANAK-BUAH TTGA,

    DPD:
    TG LORENZ

    ReplyDelete