C.T.R.E - tentu ramai yang tahu kan? Maksud saya CTRE adalah kursus wajib bagi membolehkan kita perbaharui lesen (badge). Suka atau tidak, mahu atau tak mahu, sijil CTRE mesti ada dan sekurang2nya 2 CTRE untuk nature guide dan 3 CTRE untuk city guide. So, ahli TTGA dah ambil ke belum?
TTGA tidak dapat mengadakan CTRE kerana tidak ada bajet. Walau bagaimana pun, beberapa AJK masih bertungkus lumus untuk mengadakannya, cuma jangan terlalu bergantung sangat dalam masa terdekat ini. Semua AJK ada kerja masing2 dan tidak dapat menumpukan 100% kepada TTGA, apatah lagi untuk mengadakan CTRE banyak kerja yang perlu disiapkan. Kalau kita marah2 pun, tak ada apa2 faedah kerana tidak ada satu keputusan dicapai buat masa ini. Jika ahli rasa boleh bantu, sila kemukakan cadangan bagaimana nak mempercepatkan dan mengadakan CTRE dalam masa terdekat ini. Cadangan dan buah fikiran kalian amatlah dihargai.
Saya cuma ingin menyarankan kepada mana2 ahli yang ingin mendapatkan sijil CTRE cepat, rajin2lah hubungi geng2 TG di negeri lain seperti Kelantan, Pahang, Johor atau KL supaya dapat menyertai CTRE dari persatuan mereka. Yang rajin buat, Pahang dan depa selalu buat di Genting. Kosnya pun murah je.
Pesanan : Ketepikan lah kesibukan kita, adakan lah masa, cari lah ruang supaya ada masa untuk menyertai CTRE kerana pihak berwajib tidak berminat dengar alasan TAK ADA MASA kita semasa nak perbaharui lesen.... jadi tepuk dada, tanyalah selera... betul ka kita ni seorang TG? atau saja ja ambil badge?
Blog Persatuan Pemandu Pelancong Negeri Terengganu atau Terengganu Tourist Guide Association (TTGA)- untuk kebaikan semua pemandu pelancong (Tourist Guide) di sini memberikan pandangan, cadangan, komen dan apa sahaja yang boleh dikongsi bersama asalkan berkaitan dengan kerjaya sebagai TG dan melibatkan industri pelancongan
About TTGA
- Persatuan Pemandu Pelancong Negeri Terengganu
- Terengganu Tourist Guide Association, YOUNG BUT DYNAMIC.... WE SHARE AND WE CARE!
Saya telah berhubung dengan PHTGA untuk membantu, mereka sedang berusaha untuk mengadakan (2) CTRE dalam masa yang terdekat, kemungkinan besar awal/pertengahan Nov 2009, nanti dapat confirmation dan kos diketahui, saya akan bagi tahu J/K TTGA, kami perlu sekurang-kurang 20 orang peserta barulah ekonomi,
ReplyDeleteTG LORENZ