Baru2 ini berkesempatan melawat projek tagal di Kampung Sg Luanti, Ranau Sabah. Ikan2 tersebut - ada dipanggil ikan kelah, ada ikan pelian. Tapi yang uniknya, ikan2 ini boleh 'mengurut' kaki dan badan kita! Di Kenyir terdapat santuari Kelah (saya tidak pernah ke sana dan tidak mungkin dapat kesana kerana terpaksa berperang dengan si pacat), tapi mujur di Kg Maroli ini, tak perlu meredah denai dan hutan, kerana terletak betul2 disebelah jalanraya dan laluan yang sudah bertar. Leka kami dengan ikan2 ini, cukup jinak dan mengasyikkan.....
Gambar2 di atas diambil sewaktu berjinak2 dengan ikan berkenaan. Ikan tersebut datang merapati tebing sungai tanpa disogokkan apa2. Ikan2 tersebut menghisap/menggigit betis2 orang yang masuk ke sungai ini... ada yang kegelian dan ada yang suka...!
Tapi .... ada beza dengan ikan mas (ikan kap Jepun) ini ya? Gambar dibawah ini diambil di tepi kolam buatan di Sampireun, diluar Bandong. Terletak di tanah tinggi dan di dalam kolam (tasik kecil)...
tak lah, saya pernah ke Kelah Sanctuary dekat Sg. Petang Kenyir, terpaksa berjalan selama 1 jam dalam hutan tapi tak ada pacat, kalau tak mahu jalan pun boleh, tunggu air penuh bulan Mac/Apr, boat terus sampai, free foot therapy juga, haha
ReplyDeleteTG Lorenz