Lanjutan dari kenyataan mengenai perkara yang sama....
Mohon kerjasama semua ahli2 TTGA - jika ada sebarang cadangan, pendapat, kemusykilan dan sebagainya terutama yang berkait dengan profesion kita ni, tolong email segera supaya boleh kami bawa dan panjangkan semasa dialog itu nanti. Tiasa masalah yang tidak boleh diselesai. Tiada apa yang perlu kita pendamkan. Cadangan yang baik dan pandangan yang membina mesti kita kongsi bersama. Kita ada saluran yang baik untuk meluahkan apa yang tersirat dan tersurat. Jangan hanya berbunyi di sebalik tabir saja, luahkan secara profesional supaya segalanya akan di cari jalan agar kerjaya kita menjadi lebih bermakna. Kita adalah 'duta' tak rasmi dalam negara kita sendiri, kita menjaja tentang kecantikan, kebagusan, keindahan negara kita dengan cara terhormat, beretika dan berhemah. Tidak semua orang boleh menjadi seperti kita, bermodalkan kebolehan bercakap berjam2, berdiri berjam2 walau pun dikata temberang, lebong, auta dan sebagainya... sebenarnya kita tidak begitu, kita menjadi TG kerana tanggungjawab kita untuk mempermudahkan pelancong yang datang ke sini, membantu mereka, menjaga mereka, walau pun kita dibayar dengan yuran yang tak seberapa (@ sehari untuk TG BM hanya RM150-RM180 saja). Jika dikira gaji buruh ladang pun jauh bezanya. Kadang2 payment pun berbulan baru dapat..... kesian!
Mohon kerjasama ahli2 TTGA juga supaya membuat pembayaran tahunan kerana telah hampir hujung tahun. Takut nanti jika keahlian terbatal, kita payah nak renew lesen TG - makan masa dan terpaksa bayar keahlian baru + yuran MTGC.
Terima kasih.
Blog Persatuan Pemandu Pelancong Negeri Terengganu atau Terengganu Tourist Guide Association (TTGA)- untuk kebaikan semua pemandu pelancong (Tourist Guide) di sini memberikan pandangan, cadangan, komen dan apa sahaja yang boleh dikongsi bersama asalkan berkaitan dengan kerjaya sebagai TG dan melibatkan industri pelancongan
About TTGA
- Persatuan Pemandu Pelancong Negeri Terengganu
- Terengganu Tourist Guide Association, YOUNG BUT DYNAMIC.... WE SHARE AND WE CARE!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Memang betul tu, ada channel kita guna dengan sebaik mungkin, kalau tidak bising kat luar apa gunanya? suara tak sampai target, YURAN ahli sangat penting bagi pengendalian TTGA, kalau ahli-ahli tidak membayar, semua aktiviti TTGA terpaksa suspense, ahli-ahli juga yang rugi, minta kerjasama dan sokong, terima kasih !!
ReplyDeleteTG LORENZ