About TTGA

My photo
Terengganu Tourist Guide Association, YOUNG BUT DYNAMIC.... WE SHARE AND WE CARE!

Friday, May 28, 2010

Demo Ado Belako....

Pintu masuk wat di Bachok yang menjadi tarikan

Gelanggang seni silat sebagai acara utama - ada mc yang sentiasa menghiburkan (menggunakan berbagai bahasa sebagai ucapan selamat datang!)
Permainan gasing pangkah juga diminati oleh pelancong - semuanya setempat di gelanggang seni.  Selain pertunjukan gasing, silat, ada juga pertunjukan wayang kulit - pada masa2 yang ditetapkan
Lawatan ke pembuatan batik, termasuk mesin tenunan songket.  Pekerja yang peramah dan sentiasa kaya dengan senyuman!
Pelancong diberi peluang bermain gasing - diberi tunjuk ajar oleh petugas
Muzium - antara 5 buah muzium yang terletak berdekatan dan digemari oleh pelancong bukan sahaja kerana seni ukirnya yang unik, tetapi juga bahan2 yang terdapat di dalam muzium menarik perhatian mereka - ada cerita dan sejarahnya

Kawan2, kita pun punya berbagai tarikan di sini.  Update lah info kita dari semasa ke semasa.  Mana tahu, satu hari nanti tempat kita akan datang lebih ramai pelancong yang datang terutama dari luar.  Cuma tugas kita, jangan berlengah, jangan sentiasa puas hati, carilah bahan baru, kemaskini lah cerita dan sejarah ditempat kita supaya menjadi lebih menarik untuk diberitahu kepada mereka dari luar sana.  Kita ada segala, dari laut ke darat, dari sungai ke tasik, semuanya cantik belaka.  Bukan kah negeri kita indah dan menarik?  Lebih cantik lagi jika tambahkan dengan senyuman yang ikhlas kepada tamu kita....

No comments:

Post a Comment