About TTGA

My photo
Terengganu Tourist Guide Association, YOUNG BUT DYNAMIC.... WE SHARE AND WE CARE!

Friday, October 8, 2010

Apa khaba TG Terengganu?

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia!

  1.  AJK dan Ahli2 TTGA mengucapkan TAKZIAH kepada TG Shamsol Bahri kerana kehilangan          kakak beliau yang telah kembali ke Rahmatullah pada hari ini, Jumaat 8 Oktober 2010.  Semoga         beliau dan keluarga reda dengan pemergian kakak dan AlFatihah untuk arwah.  Semoga ditempatkan  bersama-sama orang yang beriman.  Amin
  2. PPNT akan menganjurkan TEMCO (Terengganu Eco Marine Tourism Conference pada 1 dan 2        November, bertempat di Sutra Beach Resort.  Kepada TG yang berminat, sebarkan berita ini kepada kawan2 kita di seluruh Malaysia kerana conference ini adalah yang pertama kali di adakan di   Terngganu dan amat berfaedah untuk disertai.  Segala keterangan lanjut boleh diperolehi melalui        pejabat PPNT.  Ahli TTGA seharusnya merebut peluang keemasan ini bagi menambah pengetahuan   terutama yang berkaitan dengan Eco Marine dan Eco Pelancongan Negeri ini.  Sila layari        http://tourism.terengganu.gov.my/     atau  http:///www.terengganu.tourism.com/TEMCO
  3. TTGA akan menerima keahliah baru dari negeri jiran, Kelantan.  Tahniah.
  4. TTGA akan menganjurkan 'Affiliate Meeting MTGC' pada awal tahun hadapan 2011 (cadangan pada bulan Februari.  Semoga berjalan lancar dan dijangka akan dihadiri lebih dari 50 orang TG seluruh Negara.  Marilah kita sama2 menjayakannya.  TTGA mengalu-alukan idea dan pandangan dari  semua ahli bagi menambah baik sempena mesyuarat berkenaan.  Beberapa siri CTRE juga akan  diadakan,  Insyaallah.  Antara program utama adalah lawatan suaikenal produk pelancongan      Terengganu,  Mencari Harta Karun dan Pertandingan Fotografi.  Walau bagaimana pun kesemua      pengesahan adalah bergantung kepada kelulusan kerajaan negeri dan bajet yang mencukupi.
  5. Last but not least, yuran tahunan 2011 boleh dijelaskan bermula sekarang kerana TTGA bercadang    mengemaskini yuran/program tahun 2011 sesegera yang boleh.  Yuran boleh dibayar terus kepejabat  TTGA atau kepada Bendahari (Ms.Ong) atau kepada Pengerusi (Mr Tan) terus.  Yuran tahunan      hanya  RM70 seorang.

lokasi baru tarikan pelancong ke Kuala Terengganu

1 comment: