- Si Bedah dapat assignment dari agensi yang terkenal di sebuah negeri. Antara tempat lawatan ke Negeri Merong Wahawangsa. Bedah dapat assignment pada bulan Disember tahun lepas dan tarikh lawatan adalah pada bulan Februari tahun ini. Dalam assignment si Bedah dikehendaki mendapatkan maklumat dari pejabat Memanda Menteri Negeri Merong Mahawangsa. Si Bedah menulis surat mengikut adat istiadat Negeri berkenaan pada bulan dia menerima assignment (Disember). Si Bedah menunggu dengan sabar malah telah beberapa kali ke pejabat memanda menteri berkenaan, meninjau kut kut ada apa-apa perkembangan (sebenarnya agensi tersebut hanya minta exemption semasa melawat makam Putri Berembun yang tekenal di Negeri Merong Mahawangsa jer). Malangnya dari sehari ke sehari, tiada jawapan dan si Bedah jadi 'termalu' nak bertanya-tanya, terutama kepada hulubalang2 dan orang2 kuat pejabat berkenaan. Ye lah, jika difikirkan, bukan untuk dia tapi untuk tetamu yang akan melawat negeri tersebut. Kerana 'agak lama menanti' agensi memutuskan untuk memberi assignment berkenaan kepada si Dollah dari Negeri Bulan Mengambang dan terus 'detour' kumpulannya ke Negeri Kembang Kuncup. Alasannya kerana beliau tidak boleh menunggu terlalu lama untuk mendapatkan keputusan dan hanya membuang masa, tambahan pula katanya, jika orang di negeri tersebut tak sudi terima mereka sebagai tamu, lebih kita ke tempat lain ke negeri orang yang sedia menunggu!.
- Si Atan menerima teguran kerana bertugas sambil lewa mengikut cita rasa tersendiri beliau, memakai pakaian ala2 tarzan dan kadang2 hebat sikit dari orang2 viking. Bercerita ikut sedap bahasa yang diguna (yang kadangkala difahami oleh makhluk di bulan) dan sering datang lewat. Tanpa rasa segan (apabila lewat), beliau akan menyalahkan polis trafik, menyalahkah jalanraya kena korek sana sini, menyalahkan jam locengnya yang tak berbunyi dan juga menyalahkah kerana berebut bilik air dengan itik2 peliharaannya. Suatu hati, Si Atan menerima surat belang2 dari pejabat berwajib mengatakan bahawa TGnya di tarik semula dan beliau tidak boleh bertugas sebagai 'master of jack' lagi. Maka menangis lah si Atan 7 hari 7 malam sehingga beliau tersedar pada hari ke 8nya bahawa rugi membazir airmata. Hari ke 9, si Atan nekad untuk perbaiki kelemahan dan mula berubah sikap menjadi seorang 'moj' yang bagus dan berdisplin. Tapi sebelum jadi seorang si Atan yang baru, dia kena denda beberapa hinggit (sehingga tebal berinci2) untuk menyelesaikan masalahnya.
- Aduhai si Kencana Dewi, tak habis2 dengan masalah. Tak bagi TG, tapi nak jadi TG. Dah bagi TG, tapi tak tahu apa tugas TG. Suatu hari si Kencana Dewi yang baru dapat 'moj'nya berlari2 anak ke rumah sahabatnya si putri Sekati Bunga. Dengan rasa bangganya dia mengajak si Sekati Bunga ke sebuah negeri yang agak jauh dari tempat tinggalnya untuk mencari kerja. Si Sekati Bunga pula rasa cuak kerana tidak yakin dengan kebolehannya (si Kencana Dewi), tapi untuk tidak mengecilkan hati, si Sekati Bunga pun setuju. Hari yang dinantikan pun tiba, tanpa sebarang bekalan termasuk makanan dan ubat2an, mereka berdua meredah belukar yang penuh dengan onak dan duri sehingga melepuh kedua2 kaki. Tiba di negeri Badak Berendam, kedua2 mereka terpinga2. Hendak dituju kemana hala, hendak bertanya tak ada sesiapa! Tapi si Kencana Dewi 'cerdik' sikit, terus kepejabat Bentara untuk bertanya2, kut kut ada yang memerlukan khidmat mereka sebagai TG. Di penghabisan cerita, mereka terpaksa menjadi 'pasu bunga' setiap kali menjalankan tugas kerana tidak ada pihak yang sanggup membayar yuran mereka yang agak tinggi itu. Tapi yang sedihnya mereka suka pula dengan tugas sebagai 'pasu bunga' kerana boleh baca surat khabar dan kadang2 tidur dalam bertugas. Bila ditanya mengapa, jawap mereka .... "hmm, kami kan sleeping guide!"
Blog Persatuan Pemandu Pelancong Negeri Terengganu atau Terengganu Tourist Guide Association (TTGA)- untuk kebaikan semua pemandu pelancong (Tourist Guide) di sini memberikan pandangan, cadangan, komen dan apa sahaja yang boleh dikongsi bersama asalkan berkaitan dengan kerjaya sebagai TG dan melibatkan industri pelancongan
About TTGA
- Persatuan Pemandu Pelancong Negeri Terengganu
- Terengganu Tourist Guide Association, YOUNG BUT DYNAMIC.... WE SHARE AND WE CARE!
Saturday, February 26, 2011
Cuit-cuit!
Saja nak kongsi kisah. Macam kisah Nujum Pak Belangla pulak....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment