Terima kasih kepada agency 'cruise' yang memberi peluang kepada kami untuk berkhidmat di Kuantan pada baru-baru ini. Walaupun kami diminta seawal pagi @ 6pagi berada di dalam bas sebelum di transfer ke Pelabuhan Kuantan dalam keadaan hujan, tapi puas hati kerana memberi peluang menimba pengalaman bekerja dengan mereka yang lebih 'senior' terutama yang sering bertugas dengan 'cruise' yang berlabuh di Pelabuhan Klang.
seawal jam 6 pagi telah bersiap2 ke Pelabuhan Kuantan..
Baru-baru ini, kami dipanggil oleh PHTGA untuk menyertai 'cruise ship' di Kuantan. Selama ini pihak agency berkenaan (yang terlibat dengan cruise) menggunakan khidmat TG dari Kuala Lumpur dibawa terus ke Kuantan (itu pilihan mereka kerana TG2 berkenaan telah 'regular' dengan agency ini). Jadi kami yang dipanggil ini pun (in person) kira nasib baik, boleh cuba nasib bagaimana 'handle guest' yang turun dari kapal mewah ini.
diantara 34 orang TG yang bertugas - sebuah bas setiap TG (English)
Kapal Balmoral - tamu dari seluruh Eropah termasuk USA
antara arahan yang diberikan - pastikan air minuman di bawa ke bas masing2, kotak air batu, tisu paper dan mesti mengikut laluan yang telah diberi
deretan teksi menunggu tamu yang tidak menaiki bas
TG Francis dengan komentarinya
demo anyaman
sempat bermain wau di Cherating
Setakat ini sahaja yang dapat dipaparkan kerana kebanyakan gambar adalah untuk koleksi sendiri. Ada beberapa pengajaran yang boleh kita pelajari dari sini, antaranya :-
1. Agency Pelancongan di negeri ini mendapat sokongan kuat dari
Kerajaan Negeri terutama untuk memasarkan Pahang
(Pelabuhan Kuantan) walau pun kita tahu Pelabuhan Kuantan
hanya untuk 'one way' service, iaitu mengeksport barangan
sahaja. Keadaan laluan ke Pelabuhan tidak melihatkan sbgi
laluan pelancong, tetapi semua memberikan kerjasama
memuaskan termasuk petugas di Pelabuhan dan agency yang
terlibat. Syabas!
2. Pusat hasil kraftangan menerima matawang asing (yang diterima
di Malaysia) dan lebih menguntungkan! Pelancong berpuas hati
dan penjual pun tersenyum puas! Mereka tidak menyusahkan
pelancong spt hanya menerima Ringgit Malaysia sahaja.
Sama seperti apa yang kita lihat di negara2 jiran yang mengalu-alukan
matawang asing (hanya dalam amaun yang kecil - untuk
mengelakkan matawang palsu) spt contoh: tidak menggunakan
note 100 ke atas!
3. Sambutan dari outlet berkenaan - termasuk di pusat pembuatan
batik Pahang, senyum dan sentiasa melayan tamu dengan ikhlas.
Melayan mereka walau pun tidak semua fasih berbahasa Inggeris,
tapi dgn satu, dua patah ditambah dengan senyum, tanpa tawar
menawar, pelancong membelinya......
No comments:
Post a Comment