About TTGA

My photo
Terengganu Tourist Guide Association, YOUNG BUT DYNAMIC.... WE SHARE AND WE CARE!

Friday, March 25, 2011

TIDE (TERENGGANU INTERNATIONAL DESIGN EXCELLENT

Baru-baru terdapat sebuah event bertaraf antarabangsa diadakan di Kuala Terengganu.  Kami diarahkan mengambil tamu dari Pekan, Pahang dengan bas YPK.  Seawal jam 7 pagi kami bertemu dengan organiser di Ladang dan menaiki bas menuju ke Pekan.  Mengapa bas YPK dan bukan bas pesiaran?  Kami tidak ada jawapannya.  Program di bawah UPEN. 

Sepanjang perjalanan (2 buas bas) kami tertanya2 sesama sendiri, siapa tamu2 itu nanti?  Apa yang diberitahu, tamu adalah dari Filipina.  Tiba di Pekan, kami mencari2 lokasi dimana untuk mengambil mereka.... pusing sana pusing sini, call sana call sini, akhirnya kami jumpa jalan menuju ke lokasi tersebut..... Kampung Sungai Keladi, Pusat Tenun di Pekan, Pahang.  Jalan agak lecak dan bas tersasar kerana tiada signage yang lengkap, maka berundurlah kami dan akhirnya, sekitar jam 12 tengahari kami tiba di Muzium berkenaan.  Tempatnya cantik tapi agak terpencil sedikit.  Tak kisalah, sebagai TG boleh aja berkhidmat di mana2, yang penting bersedia sebelum berjumpa dengan tamu kita...

Amboi ramai sungguh mereka... melebihi 80 orang.  Bas cuma boleh memuatkan seramai 34 orang sahaja setiap satu dan yang lainnya menaiki kereta kerajaan, van, dan juga mpv.  Kesemua kenderaan bergerak berasingan kecuali bas.  Bas pertama membawa delegasi dari Filipina dan bas kedua membawa delegasi Indonesia (campur2 dengan Singapura, Cambodia dan Vietnam).  Perjalan balik diiringi oleh polis pengiring. 

Sebenarnya program ini anjurkan oleh TIDE dan kami pun baru tahu apa itu TIDE.  Delegasi pula ada yang tinggal di Riyaz, ada yang tinggal di Primula dan juga Felda Residence.  Rupa2nya ada yang datang direct ke Kuala Terengganu.  Kami juga tertanya2 mengapa kenderaan lain tiada menggunakan TG?  Kami tiada jawapan sampai sudah... maaf, bukan nak memandai, tapi ini adalah event yang dikendalikan oleh pihak kerajaan serta TIDE dan baru pertama kali diadakan di Malaysia, manakala Terengganu bernasib baik kerana terpilih sebagai tuan rumah.  Mungkin lain kali pihak berkenaan sudah ada pengalaman dan akan menggunakan khidmat TG sepanjang program - paling tidak untuk transfer dari hotel ke pusat konvensyen!  Kebetulan pada hari ke3 diadakan lawatan separuh hari, kami mengiringi mereka ke Pusat Pembuatan Batik, Pusat Pembuatan Songket (kedua2 di Chendering), Pusat Kraftangan juga di Chendering dan akhir sekali ke Pasar Payang.  Delegasi Indonesia kebanyakan pengusaha toko batik, songket dan tenunan dari seluruh Indonesia, begitu juga dengan dari negara Asean lainnya, so kebanyakan mereka bergaya sakan dengan pakaian tradisi masing2.  Paling tidak dilupakan, salah seorang delegasi dari Filipina kurang sihat dan pihak hotel telah memanggil doktor (kebetulan peserta dari Filipina adalah sahabat kepada Tengku Ampuan Pahang).  Satu lagi insiden semasa kami bersiap2 untuk majlis makan malam hari ke 3, salah seorang delegasi dari Indonesia telah terjatuh di dalam bilik hotel penginapan beliau.  Umurnya 77 tahun dan tidak boleh bergerak kerana sebelum ini beliau pernah 2 kali melakukan pembedahan di pinggulnya.  Aduh.... kelam kabut sikit kerana pihak ambulan terpaksa mengusung beliau yang tinggal di tingkat atas.  Dengan kesakitan yang amat sangat, saya mengiringi beliau menaiki ambulan ke hospital SNZ, manakala delegasi lain terus ke majlis makan malam.  Setiba di hospital beliau telah diberi suntikan menahan sakit dan di xray!  Tapi menjelang tengah malam beliau ingin pulang ke hotel kerana tidak mahu tinggal di hospital.  (Untuk makluman, jika membawa pelancong ke hospital mesti lengkap dengan pasport dan lebih mudah lagi jika beliau mempunyai insuran sendiri supaya tidak perlu membayar deposit yang berjumlah lebih dari RM2000).  Kami telah menghubungi anak beliau di Jakarta dan beliau datang pada keesokan harinya.  Cemas, memang cemas kerana umur beliau dan keadaan fizikal yang tidak mengizinkan beliau berjalan.  Sehinggalah keesokan hari, sewaktu berangkat pulang ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud, beliau menggunakan wheelchair - tapi lega sedikit kerana beliau telah pun sembuh sedikit - cuma tidak boleh banyak bergerak.  Suasana check in di airport agak kecoh sedikit kerana grup besar (termasuk semua delegasi dari Asean) pulang serentak dan kapal MH penuh!  Mereka kebanyakannya beranggapan semudah airport KLIA!  Walau bagaimana pun dengan bantuan dari pihak Urusetia, semua delegasi telah pun check in tanpa sebarang masalah...

Alhamdullillah, semua telah selamat sampai ke destinasi masing2.  Meninggalkan kenangan indah kepada kami dan semua itu adalah pengajaran paling bermakna dalam tempoh menjadi TG ini kerana kami bekerja seawal pagi, bermula jam 6 dan berakhir jam 12 malam!  Selepas kembali dari airport, terus sambung tidur berjam2 kerana terlalu exhausted!  Masakan tidak, bukan mudah menguruskan delegasi turun dan naik bas.  Orang lihat kerja kita sebagai TG mungkin akan kata senang, tapi tidak.  Apa lagi jika mereka kebanyakannya berumur 60 tahun keatas.  Naik ke atas bas perlu di pimpin dan turun pun mesti di pimpin juga.  Kadang2 tertinggal barang termasuk tas tangan dan juga handphone.  Ada juga di antara delegasi yang mengomel komplain itu ini, dan sebagai TG, kami senyum aja kerana nak tolong tak tahu apa yang mereka benar2 mahukan, tak tolong pula kasihan dengan keadaan mereka.... sudahnya kami hanya tolong senyum dan angguk aja lah...

Antara lain yang kami dengar :  ada yang kata akan datang lagi kerana suka dengan Terengganu dan negara kita dan belum puas explore lagi... hmmm satu peluang bagus kerana kami boleh promote lebih banyak lagi dan ada pula yang kata...."this is the first and last we come here!"....  mungkin kerana tak larat turun naik tangga di hotel (terutama di Riyaz kerana bila sarapan mereka menaiki dan menuruni tangga dan disebabkan umur mereka) atau pun tak puas hati kerana tidak menepati kehendak mereka (Wallahualam).  Apa pun kami layan dan tetap layan.  Selagi boleh pimpin, kami pimpin dan selagi boleh senyum kami senyum.  Terutama bila di dalam bas, ada diantara mereka mahu ke sana, mahu ke sini sedangkan itu tidak ada di dalam itinerary mereka, kami kata tak apa... nanti sila datang lagi, kita akan bawa ke mana saja mereka mahu melawatnya!

Paling bangga apabila mereka puas hati dengan khidmat yang kami berikan, mereka pun tahu kami sama2 penat dan tak cukup rehat... yang penting delegasi happy!  Ada yang membisikkan.... boleh kah jika mereka datang sekali lagi dan di bawa ke tempat pembuatan emas?  Kerana mereka dapat tahu di Terengganu ada tukang emas yang mempunyai kemahiran tinggi dalam mengukir (mereka lebih tahu dari kami rupa2nya!) dan begitu juga ada di antara mereka yang mahu di bawa ke tempat pembuatan perak - kerana diantara mereka pernah ke Kelantan dan ke pusat pembuatan perak dan mereka yang bertanya adalah dari golongan yang mampu!  So, jika ada diantara TG2 yang ada maklumat2 seperti ini, bersediakan, mana tahu jika ada rezeki, nak dijadikan rezeki kita, mereka datang lagi?  Akan kami khabarkan nanti kepada ahli2 TTGA akan kehadiran mereka, Insyaallah!.   Cuma jika mereka bukan dari Indonesia, kenalah bersedia dengan TG yang ada E ya, sebab mereka tidak faham bahasa Malaysia...

Pengalaman ini untuk dikongsi bersama bukan sahaja untuk ahli TTGA malah kepada semua pihak yang terlibat termasuk pihak kerajaan Negeri.  Gunakanlah khidmat TG terutama apabila mengendalikan event yang melibatkan delegasi dari luar negara.  Rugi jika tidak menggunakan khidmat kami kerana kami boleh membantu memudahkan urusan Tuan/Puan disamping mempromosikan Terengganu kepada mereka.  Kita saling memerlukan dan saling bantu membantu.  Gunalah peluang ini untuk membantu menjayakan industri pelancongan negeri kita.  Jangan pandang rendah dengan khidmat kami kerana kami telah dilatih untuk bercakap dan berkomentari dengan etika yang telah ditentukan.  Khidmat kami bukan sahaja termaktub kepada pelancong luar, malah terhadap pelancong tempatan juga.  Ambillah contoh seperti Sabah dan Sarawak serta Langkawi yang mana setiap kali kita ke sana (jika dalam kumpulan) mesti disediakan pemandu pelancong (TG) walau pun kita telah berkali-kali melawat negeri tersebut.  TG bukan temberang, TG juga bukan kaki kelentong (seperti anggapan sesetengah orang).  Tidak ada apa yang nak kami temberangkan dan tiada faedahnya jika kami kelentong kerana Terengganu cukup indah dengan budaya dan warisan serta alam semulajadinya - sehinggakan kadang2 tak cukup waktu nak menceritakan kepada pelancong tentang keindahan negeri kita.  

Kepada ahli2 TTGA, terima lah cabaran ini sebagai penguat semangat untuk lebih berjaya dan bukannya putus asa.  Hari ini tidak sama dengan semalam, dan berusahalah mencari peluang supaya kita juga boleh berjaya sepertimana rakan kita di luar sana.  Tidak kita sama ada kita NTG atau CTG, kita tetap TG yang boleh berjaya kerana kita akan sentiasa 'update' informasi Terengganu dari semasa ke semasa.  Elakkan menjadi TG yang popular dengan komplen, yang asyik menyalahkan si anu dan si anu, tapi jadilah TG yang dihormati oleh pelancong kerana pelancong akan membawa pulang cerita kita malah akan merekomen (recommend) kita kepada sahabatnya, saudara maranya supaya datang lagi ke sini - mungkin akan mencari kita menjadi TGnya  (untuk private tour jika bernasib baik) semasa datang lagi nanti.  Percayalah....

Kepada mereka yang telah dikeluarkan sebagai ahli kerana tidak membayar yuran 2 tahun berturut2, pihak TTGA tidak dapat memaksa kerana semuanya terpulang kepada diri masing2.... tapuk dada tanyalah hati... adakah kita mahu teruskan atau setakat ini sahaja? 

sebahagian delegasi yang baru tiba

Ketibaan Kerabat Di Raja Pahang - YM Tengku Azizah

sesi bergambar dengan semua delegasi

tersentuh hati bila dapat mendekati Y.M Tengku - anak raja yang berjiwa rakyat!

No comments:

Post a Comment