Masih ramai lagi yang belum faham apa itu CTRE dan juga masih belum menduduki kursus CTRE. Rajin2lah bertanya kepada senior2. Melalui kesempatan ini juga, saya mohon supaya hantarlah email address kepada saya segera supaya dapat saya updatekan list ahli2 TTGA. Jika ada apa-apa berita, saya akan hantar melalui email. Pahang Tourist Guide Association (PTGA) akan mengadakan CTRE di Genting pada 15-16 September 2009, cuma RM15 sahaja. Bas disediakan dari Kuantan (dari Terengganu kena atur sendiri). Termasuk 01 CTRE, 01 malam penginapan di Genting,01 Dinner dan 01 breakfast. (Hanya untuk guide sahaja, keluarga tdak dibenarkan sama sekali, melainkan membuat tempahan hotel sendiri). Berminat? Segera hubungi TG Francis dari PTGA di talian 0199894854, atau TG Norizan 0199471023. Tempat terhad 40 orang sahaja.
CTRE adalah satu kemestian, kena usaha sikit untuk diri kita sendiri. TG Tan mencadangkan supaya diadakan pada bulan Ramadhan ni, kemungkinan pada 11-12 September 2009, tetapi masih menanti pengesahan penceramah dan sedang mencari tajaan (jika tiada tajaan, kos ditanggong oleh ahli). Sila hubungi TG Tan 0164229567 (beliau sedang mengikuti kursus Bahasa Perancis di KL). Terima kasih diucapkan kepada TG Tan yang berkerja keras untuk membantu ahli TTGA walaupun beliau 'berperang' dengan masa.
No comments:
Post a Comment