About TTGA

My photo
Terengganu Tourist Guide Association, YOUNG BUT DYNAMIC.... WE SHARE AND WE CARE!

Thursday, September 3, 2009

Taman Negara (Terengganu)

Sudah beberapa kali saya ke Kuala Tembeling dan Kuala Tahan, Pahang. Mula2 ke sana agak membosankan kerana terlalu jauh (lebih dari 8 jam memandu). Tetapi apabila bermalam di sana (walau pun setakat ke Mutiara Hotel saja dan tidak terus ke dalam hutan Taman Negara), saya sudah mula rasa sayang dengannya. Saya jadi seronok dan selalu excited bila dapat ke sana. Sebabnya mengapa? Pertama saya berjumpa dengan ramai pemandu pelancong terutama nature guide, mereka peramah dan sentiasa senyum terutama apabila bersama 'guest'. Masakan tidak, semenjak kesana sejak awal tahun (Penghujung Mac hingga sekarang) saya lihat pelancong dari luar negara semakin hari semakin bertambah terutama pada bulan Julai. Apabila berada di jeti, waktu pagi dan malam, seolah-olah berada di River Kwai pula, dek kerana ramainya pelancong yang hilir mudik keluar masuk ke Taman Negara. Mereka kebanyakannya dari Eropah dan ada juga yang membawa keluarga masing2. Itu belum lagi yang datang dari negara Asia terutama dengan berkumpulan, sehinggakan nak cari tempat makan malam pun payah kerana kebanyakan restoran yang ada dipenuhi oleh pelancong. Sewaktu awal pagi, beberapa buah kaunter (yang terletak di restoran) pun dipenuhi pelancong yang sedang menunggu untuk di 'transfer' ke tempat lain. Paling menarik apabila melihat pelancong menaiki bas tempatan (dari Kuala Tahan ke Jerantut), walau pun bas agak lama, tetapi pelancong tetap menaikinya - mungkin kerana tambang yang murah ataupun mereka ingin merasai pengalaman menaiki bas tempatan.....

Apa pun, saya sering juga berharap (berdoa dan kadang2 berangan-angan) supaya pintu masuk ke Taman Negara Terengganu melalui Tanjong Mentong akan meriah sepertimana Kuala Tahan. Mungkin masa tu, nature guide kita (TTGA) adalah orang yang paling sibuk kesana sini bersama pelancong dengan senyuman melirik kerana walaupun penat tetapi berbaloi.... Di harapkan juga nanti akan ada bot2 yang lebih banyak membawa pelancong keluar masuk ke Tanjong Mentong.... akan ada kaunter penerangan khas mengenai taman negara kita dan dilengkapi dengan pemandu pelancong yang boleh berbagai bahasa, penyambut tetamu yang sentiasa cergas dan riang yang berpengetahuan luas terutama mengenai Kenyir, Taman Negara dan flora dan fauna kita, renjer perhutanan juga akan jadi sibuk kerana sentiasa memantau keluar masuk pelancong serta memastikan keselematan orang ramai..... Tasik Kenyir akan sentiasa meriah dengan berbagai aktiviti....... dan rasanya TTGA akan menjadi lebih kuat serta efisyen lagi....

Hmmm... semoga angan2 ni tidak tinggal angan2 aje. Sama-sama lah kita fikirkannya. Jika ada ruang, pergilah ke Taman Negara Pahang (Kuala Tahan) untuk melihat sendiri akan kehadiran pelancong di sana. Bimbang juga jika binatang liar yang ada di sana semakin melarikan diri jauh ke dalam hutan - dek kerana takutkan orang ramai yang semakin berani menghampiri mereka. Dan alangkah bagusnya jika kita di sini boleh tunjukan pula... gajah, beruang, burung2 seperti kenyalang, monyet, harimau yang masih menghuni di hutan kita di sini.....

Nota: kadang2 terkejut apabila ternampak anak harimau bintang (rasanya), anak kucing hutan mati dilanggar kenderaan di jalan Kenyir-Felda Aring. Dan kadang2 terkedu juga nak jawab dengan pelancong apabila ditanya mengapa gajah yang ada sebanyak 2 ekor tu diikat kakinya?

No comments:

Post a Comment