Saya difahamkan bahawa Kenyir Cup akan diadakan pada 2-6 Oktober 09 bertempat di Tasik Kenyir. Peserta terdiri dari peminat memancing dari negara China. Ramai juga, lebih kurang 150 orang peserta. Untuk TTGA, setakat ini tidak diminta untuk standby guide. Saya diberitahu bahawa pihak penganjur (bukan dari Terengganu) akan menyediakan liason officer mereka.
Komen yang harus di jadikan sebagai cabaran dan 'guideline' supaya kita berkhidmat dengan lebih baik. Saya ada mendengar komen dari penganjur memancing (semasa fam trip dari negara China ke sini), mereka tidak puas hati kerana guide tidak bersedia. Dengan lain perkataan, jika kita membuat komentari mengenai pasar payang, kita hendaklah mengetahui sedikit sebanyak dari mana datangnya nama PAYANG tersebut... begitu juga dengan masjid terapong, sekolah SS dan sebagainya. Sebaik2nya janganlah hanya berkata...... ok, tuan2 dan puan2 lihat disebelah kanan kita.... ini adalah salah sebuah sekolah yang ternama di sini, sekolah SS.... lepas tu senyap dan bercakap tentang hal lain pula tanpa kita menerangkan apa yang dimaksudkan SS tadi, siapa SS tu, apa kaitannya dengan Terengganu.... bla bla bla....
Saya tidak bermaksud mahu mengajar sesiapa, tetapi saya kecewa sedikit kerana ada beberapa TG yang saya rekomen (apabila diminta oleh pihak tertentu) menjalankan tugas, tetapi tidak menggunakan sepenuhnya kapasiti kita sebagai guide. Contoh yang kedua, saya menerima komen, guide yang membawa pelancong dari Indonesia, hanya diam membisu dan memberitahu bahawa beliau cuma nature guide! Aduh!!! Saya rasa sepatutnya kita tak perlu beritahu sama ada nature atau city, sebab dari badge kita mereka telah kenal siapa kita, lagi pun, nature atau city, tugasnya tetap kena bercakap.....!!!! TETAPI, mengapa kita tidak mengambil kesempatan ini bertugas dengan baik dengan memberi komitmen yang sepenuhnya, membuat komentari yang sepatutnya dan bercakaplah seolah2 kita sedang menjual ubat!!!!!! Kalau depa tak beli tak apa, asal depa tahu kita sedang jual ubat!!!! Janganlah membisu seribu bahasa sebab semua guide yang dapat badge dari Kementerian belum ada lagi yang bisu!
Please!!!!!!! Nak jadi guide tak boleh malu2, macam mana kita nak jual Terengganu? Macam mana nak beri keterangan itu ini mengenai tempat2 menarik di sini???? Macam mana saya nak kata lagi? Bila dalam meeting teruk kena hentam sebab kononnya AJK tak membantu ahli untuk dapatkan 'job', tapi apa dah jadi dengan 'job' yang diberi? Saya juga yang kena jawab sebab merekomenkan guide tersebut? Sedih sungguh rasanya. Kalau macam ni, macam mana saya nak bagi 'job' untuk masa akan datang? Kesian la kepada saya sama. Tak cakap tak kena, bila cakap pun saya kena!!!!!
Saya mohon kepada semua ahli TTGA, sama ada yang dah renew jadi ahli atau yang tak renew lagi. Jika benar saudara/saudari nak jagi PEMANDU PELANCONG (tak kira nature atau city), jadilah guide yang peramah, jadilah guide yang sentiasa 'update' pengetahuan, jadilah guide yang serba boleh, jadilah guide yang ringan tulang, dan jadilah seorang guide yang sebenar2nya faham tugas guide. Jika kita tidak mahu jadi sepertimana yang saya syorkan itu, lebih baik gantung badge dan tak payah jadi guide!!!!!
Blog Persatuan Pemandu Pelancong Negeri Terengganu atau Terengganu Tourist Guide Association (TTGA)- untuk kebaikan semua pemandu pelancong (Tourist Guide) di sini memberikan pandangan, cadangan, komen dan apa sahaja yang boleh dikongsi bersama asalkan berkaitan dengan kerjaya sebagai TG dan melibatkan industri pelancongan
About TTGA
- Persatuan Pemandu Pelancong Negeri Terengganu
- Terengganu Tourist Guide Association, YOUNG BUT DYNAMIC.... WE SHARE AND WE CARE!
No comments:
Post a Comment