About TTGA

My photo
Terengganu Tourist Guide Association, YOUNG BUT DYNAMIC.... WE SHARE AND WE CARE!

Friday, September 11, 2009

Taman Negara...

Saya ingin berkongsi mengenai Taman Negara (Pahang).  Setelah berulang alik kesana sejak awal tahun ini, saya rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman ini bersama-sama TTGA.  Dari pengamatan saya, Terengganu juga mempunyai pintu masuk ke Taman Negara (melalui Tanjong Mentong) Kenyir dan alangkah bagusnya kita disini mempunyai kemudahan yang sama (jika tidak yang terbaik sekalipun) dengan Taman Negara Pahang. 
Gambar ini diambil dari tempat letak kereta.  Terdapat beberapa buah restoran terapong di bawah sana dan tangga yang kelihatan di seberang sungai adalah pintu masuk ke Mutiara Resort (5*).  Saya sering menunggu tamu di sini (dihadapan TIC), ataupun di kaunter di restoran di tepi sungai atau pun kadang2 terus menemui mereka di resort2 yang terletak di sebelah atas.  Perhatikan beberapa buah bot panjang yang sentiasa membawa pelancong hilir mudik sama ada ke Mutiara mahupun mereka ke resort2 lain ataupun yang terus ke kawasan yang lebih ke pendalaman (menghulu sungai) untuk tujuan trekking. 
Gambar diatas diambil pada pagi @11hb September 09 dimana nature guide sedang memberi taklimat kepada pelancong yang akan mengikuti aktiviti meredah hutan.  Sebelum itu saya bertemu dengan seorang nature guide yang memberitahu beliau akan membawa 2 orang pelancong untuk trekking selama 3 hari 2 malam!  Wah, saya fikir sejenak, jika kita disini mempunyai kemudahan seperti mereka (seperti kemudahan ke pintu masuk ke Tanjong Mentong selain dengan bot, mungkin melalui jalan darat.... walaupun jalan offroad, tetapi mungkin lebih menarik dan mencabar bukan?), sudah pasti ahli TTGA akan sesibuk mereka sebab kita juga punya kebolehan sepertimana mereka...
Saya percaya kita papan tanda seperti ini juga terdapat di Tanjong Mentong
Masih berkabus.  Seawal jam 7.00pagi, bertolak dari Pekan Jerantut menuju ke Taman Negara Kuala Tahan.  Dari jalan utama ini mengambil masa lebih kurang sejam untuk sampai ke Kuala Tahan melalui kawasan Felda
Mujur Mat Daling, bukan Dalib.....  he he he
Kaunter TIC yang sentiasa mempunyai petugas yang bersedia memberikan penerangan mengenai Taman Negara
Sekarang jeti ini agak lengang kerana bulan Ramadan, tetapi jika kita kesini pada bulan Jun, Julai dan Ogos, terdapat ramai pelancong sehingga kadang2 terasa seolah2 bukan di negeri kita.... terlalu ramai pelancong.  Cubalah ambil cuti sehari dua dan datang lah kesini pada bulan berkenaan dan lihatlah sendiri.  Pelancong dari berbagai negara termasuk Asia dan Eropah..
Sebenarnya apa yang ingin saya sampaikan disini adalah - mungkin pihak2 tertentu di sini dapat membantu kita memperkenalkan Taman Negara (Terengganu) ke mata dunia.  Walaupun pintu masuk ke pintu masuk tersebut agak jauh tetapi sudah tiba masanya jika fikirkan beberapa 'alternative' lain untuk kesana.  Mungkin boleh dibina jalanraya menyusur tasik dan mungkin melalui jalan baru ini akan menjadikan Kenyir lebih terkenal kerana terdapat produk baru yang bakal di ketengahkan!  So, peluang kita sebagai TG akan terbuka luas, selain dari mendedahkan Tasik Kenyir, kita boleh jagi lebih popular dengan membuka laluan ke Taman Negara (Terengganu)!  Di samping itu mungkin kita juga boleh menyediakan kemudahan lain seperti 'canopy tree top' yang tertinggi, atau terpanjang, kita boleh sediakan 'hide-out' untuk melihat binatang liar, kita mungkin boleh menyediakan 'garam mineral' yang boleh menarik binatang liar datang kesitu, bla bla bla.... banyak lagi yang boleh kita dedahkan kepada pelancong di sana!!!  Harap2 satu hari nanti angan2 ini menjadi kenyataan.  Yang penting kita bersedia menerima lebih ramai pelancong dan peluang pekerjaan terutama kepada TG akan bertambah....  
Well, nothing in imposible!

No comments:

Post a Comment