About TTGA

My photo
Terengganu Tourist Guide Association, YOUNG BUT DYNAMIC.... WE SHARE AND WE CARE!

Sunday, July 11, 2010

Laporan Aktiviti TTGA Terkini Takat 12 Julai 2010

Salam Sejahtera,
Setelah diberikan tugas sebagai S/U pada penggal ini, saya akan bekerjasama dengan semua AJK untuk memastikan semua yang berkaitan (bakal diadakan mahupun sedang diadakan) dijalankan dengan lebih sempurna.  Berilah kerjasama dan segala sumbangan buah fikiran saudara saudari amatlah dihargai dan diucapkan jutaan terima kasih. 

Antara aktiviti yang bakal berlaku sehingga Ogos 2010:

Kursus CTRE pada 20 Julai oleh TTGA di Sumai Apartment dari jam 8.00pg - 5.00 ptg.   Silarujuk  kepada Pengerusi atau TG Che Adlan atau TG Syamsulbahri atau saya mengenai perkara   ini.  Mohon kepada semua ahli yang akan menduduki kursus CTRE mematuhi semua arahan yang diberikan supaya tidak timbul sebarang masalah nanti.  Wakil dari MTGC turut hadir.  3 CTRE akan diadakan dan saudara/saudari boleh memilih 1, 2 atau kesemuanya.  Tandatangan saudara/saudari setiap kali masuk dan selesai CTRE adalah perlu dan sijil tidak akan dikeluarkan jika peserta ponteng  ataupun meninggal kan kursus separuh jalan.  Pakaian menepati etika pemandu pelancong - selipar,  jeans, T-shirt sama sekali tidak dibenarkan dan pastikan lencana dipakai sepanjang kursus berlangsung.  Bayaran boleh dibuat seawal jam 7.30pg di kaunter pintu masuk dewan kursus. 

        Bayaran untuk CTRE :  Ahli TTGA RM40 x 3 CTRE  = RM120
                                            Bukan ahli   RM50 x 3 CTRE  = RM150

FAM Trip oleh Pahang Tourist Guide Assoc. (PTGA) yang sepatutnya diadakan pada 3 Ogos 2010  telah bertukar tarikh ke 17 Ogos 2010.  Kepada ahli TTGA yang telah mendaftar, sila ambil maklum dan hanya TG yang telah pun mempunyai lencana sahaja layak menyertainya.  Ahli TTGA yang belum menjelaskan yuran tahunan dikehendaki menjelaskan bayaran terlebih dahulu kepada Bendahari.  Jika bukan ahli TTGA, anda hendaklah berurusan terus dengan PGTA.

Affiliate Meeting MTGC akan diadakan pada 16-18 Julai 2010 di Melaka.  3 orang wakil dari TTGA akan hadir (Pengerusi, Timbalan dan Setiausaha). 

EGM untuk mengemaskini 'constitution' bersama board of directors MTGC akan diadakan secepat mungkin dan m ungkin akan diadakan pada bulan Ramadhan nanti.  Kesemua ahli dijemput hadir.

Kursus Orientasi TTGA juga akan diadakan jika mempunyai kewangan yang mencukupi bagi menampung sewa dewan, makan minum serta 'door gift', penceramah jemputan dan sebagainya.Kursus ini terbuka kepada orang luar terutama mereka yang terlibat secara langsung dengan industri pelancongan negara kita.

TTGA juga ingin menganjurkan lawatan sambil belajar ke Sabah pada hujung tahun - tertakluk kepada bajet dan sambutan dari semua ahli.

1 comment:

  1. Banyaknya Aktiviti S/U, hehe, Syabas !

    TG Lorenz

    ReplyDelete