About TTGA

My photo
Terengganu Tourist Guide Association, YOUNG BUT DYNAMIC.... WE SHARE AND WE CARE!

Tuesday, July 20, 2010

Sedikit Berita Terkini....!

CTRE baru sahaja selesai diadakan pada 20 Julai 2010.  Seramai 33 orang peserta telah menyertai nya.  Pada awal hanya seramai 24 orang dijangka akan menyertai tetapi sambutan pada saat akhir amat menggalakan.  Syabas kepada semua yang telah menyertai dan sijil saudara/i akan dihantar  melalui pos apabila diterima dari MTGC kelak.  TTGA bercadang mengadakan CTRE lagi tetapi spt mana biasa, beberapa prosedur harus dilalui dan insyaallah, jika tiada halangan kita akan adakannya lg hujung tahun ini - setelah mendapat code dari Kementerian.  Jika mana-mana ahli terfikir untuk menjadi kan produk di kawasan anda sebagai salah satu topik CTRE, sila kemukakan kepada saya nama penceramah lengkap dengan CV beliau untuk dihantar ke Kementerian sebagai semakan dan kelulusan.  Hanya pihak Kementerian sahaja yang boleh memberi keputusan sama ada penceramah berkenaan layak atau tidak kerana semua tajuk yang diberi mesti berhubung kait dengan pelancongan.

TTGA berhasrat mengadakan 'FAM Trip' HANYA untuk ahli2 sahaja ke 2 destinasi pilihan sama ada :

Air Panas Ulu Legong - 2 hari 1 malam @ RM50 seorang termasuk bas dari KT pergi balik dan penginapan (samada hostel ataupun homestay), tidak termasuk makan minum

Lawatan bermaklumat ke Taman Negara Kuala Tahan Pahang - 2 hari 1 malam @ RM50  seorang termasuk bas dari KT pergi balik dan penginapan (sama ada hostel ataupun homestay), tidak termasuk makan minum

             (Perlu diingat sekali lagi, hanya untuk ahli TTGA sahaja)

Affiliate Meeting MTGC yang diadakan setiap 4 bulan sekali - TTGA cuba membuat 'bidding'  supaya mesyuarat berkenaan diadakan di Terengganu.  Ini bertujuan mengajak TGs dari luar supaya ber-
kampung di Kuala Terengganu dan kita akan menjadi 'host' pula pada kali ini.  Jika berjaya, ini adalah  merupakan satu tugas yang agak mencabar kepada TTGA tetapi saya percaya ini tidak menjadi  masalah kerana AJK akan sama-sama menjayakan program ini.  Sama-sama lah kita mendoakan agar program ini berjaya nanti

Selamat Datang kepada ahli-ahli baru TTGA!  Semoga dengan penyertaan mereka akan menjadikan
Persatuan kita lebih mantap lagi.

....oppps!  gambar nanti dulu ya, tok dang!

2 comments:

  1. Latar belakang berwarna hitam tidak baik kerana ramai bangsa-bangsa di dunia ini percaya Hitam mewakili "Kesedihan, Pemergian, kehilangan, terlepas daripada sesuatu yang baik, keburukan, dll" kenapa pilih hitam Oh ??? Anyway, Syabas diucapkan kepada Penganjur & Facilitator CTRE !

    ReplyDelete
  2. ucapan penghargaan kepada para organizer dan kepada penceramah... get a lo of info.. but i one day can conduct a bengkel ke to share info about the history of places of attraction di terengganu lagi best. as during the ctre, i saw that there were many expert about this field dan semoga mereka juga tidak lokek untuk berkongsi ilmu..
    sekali lagi terima kasih n sorry sebab merojakkan bahasa.

    ReplyDelete