Bagi memudah cara dan untuk ingatan kepada ahli TTGA, diharap yuran tahunan 2010 : bayaran boleh dibuat pada bila2 masa. Dan setakat ini jumlah ahli berbayar pada tahun hanya lebih kurang 40 orang. Sekiranya jika tiada bayaran diterima dari ahli-ahli sehingga 31 Disember 2010, secara otomatis keahlian akan gugur dengan sendirinya. Kepada mereka yang keahliannya tergugur, bayaran untuk menjadi ahli baru adalah RM 50 + RM 60 = RM110 seorang. Harap maklum.
Sempena dengan MTGC Affiliate dan Board Meeting pada Februari 2011, TTGA akan mengadakan 2 CTRE (Insyaallah) serta makan malam bertema bersama MTGC. Tajuk tema masih lagi dalam perbincangan dan jika keadaan serta kewangan mengizinkan, TTGA akan mengadakan beberapa acara menarik untuk ahli TTGA sahaja sebelum atau selepas mesyuarat berkenaan. Insyaallah. Pihak TTGA mengalu-alukan idea dan cadangan dari semua ahli.
Sekian. Jumpa lagi
Blog Persatuan Pemandu Pelancong Negeri Terengganu atau Terengganu Tourist Guide Association (TTGA)- untuk kebaikan semua pemandu pelancong (Tourist Guide) di sini memberikan pandangan, cadangan, komen dan apa sahaja yang boleh dikongsi bersama asalkan berkaitan dengan kerjaya sebagai TG dan melibatkan industri pelancongan
About TTGA
- Persatuan Pemandu Pelancong Negeri Terengganu
- Terengganu Tourist Guide Association, YOUNG BUT DYNAMIC.... WE SHARE AND WE CARE!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment