About TTGA

My photo
Terengganu Tourist Guide Association, YOUNG BUT DYNAMIC.... WE SHARE AND WE CARE!

Tuesday, November 2, 2010

KURSUS MESRA MALAYSIA

Sebelum memanjangkan cerita yang tak berapa panjang, TTGA mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan NGO kitas, PPNT (Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu) yang telah sudi menumpangkan kita untuk menyertai CTRE didalam program TEMCO yang baru saja berakhir pada hari ini, 2 November 2010.

Pada mula berita ini disebarkan, hampir lengoh tangan sms kepada mereka, tiada respon, kemudian apabila hampir tarikh TEMCO diadakan, adalah lebih kurang 19 orang berdaftar.  Tetapi paling mengejutkan apabila hari TEMCO diadakan pada 1hb November, hampir 30 orang berdaftar untuk menyertai CTRE.  Bagus...... bagus..... dan tahniah.

Cuma yang terkilan sangat2 dan kecewa sangat2 adalah :

SEBAGAI SEORANG PEMANDU PELANCONG BERTAULIAH OLEH KEMENTERIAN DAN ADA YANG BERDAFTAR DENGAN TTGA DAN ADA YANG TAK PERNAH DAFTAR (TAPI CAJ HARGA SAMA) TIDAK MEMATUHI PERATURAN CTRE LANGSUNG!    ADA YANG DATANG TIDAK IKUT MASA YANG DITETAPKAN, MASUK KELUAR IKUT SUKA, TAK PAKAI LENCANA DAN AMBIL MUDAH DENGAN PROSEDUR YANG DITETAPKAN...

APA NI, MANA ETIKA KITA SEBAGAI GUIDE?  JANGAN BUAT MALU TTGA SEBAB KITA DAH DIAJAR DAN BELAJAR DAN BERSEDIA BELAJAR UNTUK MEMATUHI SYARAT2 CTRE, TAPI KITA JUGAK MELANGGAR PROSEDUR BERKENAAN.... BIKIN MALU MALU!!!!

Tapi ye lah, mana ada orang suka ditegur?  Mana ada yang gemar diperbaiki sebab kita rasa kita cukup bagus dan perfect dah.  Apa pun, saya tidak peduli sebab jika anda tidak ikut peraturan, anda tanggung sendiri akibat.  CTRE kali ni cuma tumpang dengan PPNT, tapi jika CTRE dianjurkan oleh MTGC, jika anda masih dengan sikap sebegini... sendiri  tanggunglah!!!!

Per:  2

PPNT akan anjurkan Kursus Mesra Malaysia pada 9 dan 10 November bertempat di Hotel Tanjung Vista Kuala Terengganu.  Mesra Malaysia adalah kursus yang bagus terutama kepada bakal PEMANDU PELANCONG BANDAR.  Yuran cuma RM20, bayar terus ke PPNT (TTGA tak dapat apa2 lah) dan tempat terhad kepada 40 sahaja (tertakluk budibicara PPNT jika tambah seat). 

Bakal2 CT Guide, sila ambil maklum dan luangkan lah masa sertanya....

Part 3:
Jika ada yang nak terasa pun nasiblah.   Ini memang kes berat tapi fikir2 kan lah.  Jika saya seorang pemandu pelancong yang mana lesen saya telah mati dan belum di hidupkan lagi, saya pasti rasa malu untuk terima assignment dari mana2 agensi pelancongan terutama dari agensi kerajaan.  SEBABNYA, saya mesti bersikap adil dengan kawan2 saya yang berlesen sah serta yang punya lesen sepadan dengan tugas yang diberikan.  Saya tidak akan ambil assignment walaupun yang beri job itu adalah kawan baik saya mahupun saudara mara saya.  Rasa bersalah sangat sebab imbuhan yang saya terima bukan hak saya dan saya mesti perbaharui dahulu lesen saya.  Dan paling malang sekali apabila job saya melibatkan tetamu yang semuanya terdiri dari penggiat pelancongan sama ada kerajaan mahupun NGO!!    ...... well, jika ada yang tak senang dengan statement ini, sila lah beri komen sebab memang ditunggu semua komen2 tersebut.   Motour dan MTGC juga mengalu-alukan komen tersebut!

No comments:

Post a Comment