About TTGA

My photo
Terengganu Tourist Guide Association, YOUNG BUT DYNAMIC.... WE SHARE AND WE CARE!

Tuesday, November 30, 2010

Monsoon Cup

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Good Day, Konichiwa, Bueno....

  1. Kepada semua peserta Kursus Mesra Malaysia yang lalu - diharap bersabar mendapatkan sijil2 berkenaan.  Sila hubungi PPNT untuk keterangan lanjut kerana kursus ini anjuran PPNT dan bukan TTGA manakala sijil dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelancongan Malaysia.  Harap saudara/i bertanya di pihak yang betul dan jangan terlalu sentimen kerana kami faham, sesetengah peserta amat memerlukan sijil berkenaan, tapi apa kan daya kami, kita cuma NGO dan KPL telah sudi menaja kita (kos untuk 2 hari  termasuk makan minum dan mengadakan penceramah), so kita kena sabar banyak lah...
  2. Mengenai Monsoon Cup - ada ahli luahkan kepada AJK, mengapa AJK tidak bagi tahu ahli mengenai aktiviti Monsoon Cup?   Jawapnya - Pihak Kerajaan Negeri mahupun lain2 agensi kerajaan tidak menghantar surat rasmi kepada TTGA supaya memaklumkan kepada semua ahli mengenai aktiviti Monsoon Cup.  Tetapi ahli2 TTGA kena faham, kena peka dan kena ambil lah sikit inisiatif ambil tahu dan kita dah maklum bahawa aktiviti ini diadakan tiap2 tahun dan tersiar di dalam akhbar, di tv serta di umumkan di radio, so, ahli TTGA mesti panjang akal, jangan melenting tak tentu fasal ke AJK.  Memang benar Pengerusi di jemput, tapi itu adalah jemputan rasmi dari pihak kerajaan dan meminta jawapan kehadiran, dan semua Pengerusi NGO sahaja yang di berikan - biasalah, majlis perasmian yang dirasmikan oleh Agong, tempat adalah terhad dan memerlukan pas masuk serta sticker.  Sebagai AJK dan ahli kita kena akur dengan peraturan, ada yang boleh dihadiri dan ada yang tidak boleh...  Tetapi ahli2 TTGA boleh lihat program yang berlangsung di tempat2 yang dibenarkan kita masuk....  kefahaman dan timbang rasa dari semua amatlah dihargai.  SU tak boleh memandai2 hantar surat atau sms kepada AJK atau ahli untuk mengajak ke majlis ini kerana tidak disuruh oleh mana2 pihak terutama pihak kerajaan negeri.  SU juga tidak berhak mengajak ahli ke majlis yang TTGA TIDAK DI AJAK....   Kita pun tahu malu kan!
  3. 2 CTRE lagi akan diadakan, insyaallah di bulan Disember ini - sempena Kursus Etika yang kelolakan oleh pihak Kementerian Pelancongan nanti.  TTGA sedang menunggu 'green light' dari Kementerian Pelancongan dan juga kelapangan masa penceramah....  Sabar ya!
  4. Confirmation Course ke-2 akan diadakan pada Januari 2011 (jika tiada halangan) dan kepada bakal2 menduduki CC, kumpul2lah RM sementara masih ada masa... 

No comments:

Post a Comment