Pada 23 Januari 2011, 2 CTRE akan diadakan bertempat di Sumai Apartment dan bermula dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Bayaran RM50 bagi 01 CTRE. Pakaian mengikut etika TG dan jangan lupa badge TG - mesti pakai.
Bayaran termasuk 2 tea break dan 01 lunch.
FEBRUARI 2011:
Board dan Affiliate Meeting MTGC dari 18-20 Februari 2011. Pemandu Pelancong dari seluruh negara (lebih kurang 200 orang) akan hadir menyertai (30 orang terlibat dalam Affiliate, manakala 12 orang terlibat dalam Board Meeting dan selebihnya akan menyertai CTRE pada 19 Feb 2011).
Bayaran RM50 setiap 01 CTRE (ahli TTGA) dan RM60 bagi bukan ahli.
Sempena dengan International Guides' Day yang disambut setiap 21hb Februari - pada kali sambutan yang sepatutnya diadakan di Genting Highland terpaksa di tangguhkan ke suatu masa dan pihak MTGC bercadang menyambutnya di Terengganu dengan mengadakan Malam Pemandu Pelancong Sedunia dengan thema ' BEYOND GUIDING - THE GOOD, THE BAD & THE UGLY'. Dijangkakan seramai 200 pemandu pelancong dijangka hadir dan kepada ahli TTGA dijemput hadir sama dan adalah percuma. Cuma pastikan saudara saudari telah pun membayar yuran keahlian untuk tahun ini (2011)
Yuran tahunan 2011 hendaklah dijelaskan secepat mungkin kerana MTGC akan menutup akaun pada bulan Mac dan tugas kita hanya selesaikan yuran supaya semuanya berjalan lancar dan mengelak sebarang permasalahan yang akan timbul kemudian kelak.
Kepada sesiapa (ahli TTGA) yang berminat untuk mengikuti kursus bahasa asing (selain bahasa Melayu), sila beri cadangan bahasa dan nama saudara saudari kepada Pengerusi segera supaya dapat dikumpulkan maklumat tersebut. Dan jika saudara saudari mempunyai sebarang cadangan untuk memperbaiki persatuan ke arah kejayaan, sila lah suarakan kepada kami terutama kepada pihak Pengerusi supaya kita dapat memartabatkan lagi persatuan ke arah yang lebih cemerlang demi kejayaan industri pelancongan negeri Terengganu. Kejayaan persatuan kita adalah kejayaan bersama dan sama-sama lah kita berkongsi dan sama-sama lah kita menggembeling tenaga untuk bekerjasama lebih rapat lagi. Jika bukan kita yang menggerakkan persatuan, siapa lagi yang akan membawa kita ke jalan kejayaan? Dan jika kita hanya mengeluh serta komplen berbakul2 di belakang tetapi tidak bersungguh-sungguh membantu persatuan kita, jawapan ada di tangan kita - kita tidak akan kemana. Kukuh persatuan adalah kerana penyatuan idea, matlamat dan tujuan kita serta saling memahami dan menghormati antara satu sama lain.
Jumpa lagi
No comments:
Post a Comment