Terima kasih kepada kedua-dua penceramah 1. YM Raja Uda 2. Encik Latif Jamaluddin kerana telah berjaya menyampaikan ceramah dengan berkesan dan berguna kepada kami semua. Segala yang diajar akan dimunafaatkan didalam tugas kita nanti.
Y.M Raja Uda dengan tajuk Terengganu - New Tourism Product. Sebenarnya produk yang baru dan sedia ada tetap akan menjadi 'baru' di dalam diri kita jika kita sentiasa mengemaskini fakta dan memperbaiki jati diri setiap TG.
En. Latif dengan tajuk KENYIR, WILDLIFE & BIRDIES dan beliau sememangnya sinonim dengan Tasik Kenyir terutama berkaitan dengan burung2. Amat teruja bila mendengar kisah 'HORNBILL' yang ada di Kenyir (9 spesis) dan bangga kerana kita boleh menyampaikan maklumat mengenai Kenyir dengan lebih berkesan setelah mendapat info terkini mengenai burung2 di situ.
Sepertimana kata Raja Uda, beliau mahu satu hari akan lahir seorang PEMANDU PELANCONG TERBAIK dari Terengganu dan Insyaallah, akan lahir bukan sahaja seorang malah beberapa orang pemandu pelancong yang serba boleh - bukan sahaja boleh bercakap mengenai sejarah, malah pakar dalam hal2 berkaitan dengan hidupan liar seperti burung2. Kita tahu di Terengganu memang kaya dengan khazanah alam semulajadinya - dari laut hingga ke gunung, terus ke tasik dan ke seluruh Terengganu.
makan time!
tak ramai
Memang seronok mendengar cerita burung ni, hilang mengantuk. TG Loh Mae Ann, telah pun ada 11 sijil CTRE, tapi masih lagi mengikuti kursus ini yang katanya banyak yang mahu di pelajari dan bukan semata-mata ingin mengumpul sijil CTRE. Hairan juga ya sebab ada TG yang sanggup sembunyi 'badge' walau telah tamat tempoh dan tidak mahu menghadiri CTRE dan ada pula yang tak kisah dah ada beberapa keping, tapi pengetahuan itu yang di carinya. Syabas Mae Ann! Saudari tidak jemu belajar. 'There is no pullstop of learning!'
tekun mendengar!
CTRE bulan Februari 2011:
Pada 19hb Februari 2011, 2 CTRE lagi akan diadakan di sini dan daftar lah dari sekarang kerana tempat terhad sebab ramai TG dari luar Terengganu akan menyertainya. Kali ini diharap TG (terutama ahli TTGA) lebih bersedia dan sudah semestinya mematuhi arahan. Kali ini 'Fasilitator' adalah dari MTGC dan jangan terlewat kerana jika terlewat, tidak dibenarkan memasuki kelas (walau 5 minit lewat), tiada sijil. Begitu juga dengan pakaian, patuhilah arahan, tak susah pun ikut arahan, jika kemas, elok dan mengikut etika, untuk kita juga kan? So, apa salahnya ikut aja. Tajuk CTRE kali ini : 1. Terengganu - Old and New dan 2. Psycology Tourist and How To Make Tours Interesting!. Jangan buang masa, daftar segera!
Untuk tatapan semua:
Semua gambar di dasar laut ini diambil sempena lawatan ke Sabah suatu waktu dahulu dan kami berpeluang mencuba 'SEA WALKING' di salah sebuah pulau di Tunku Abdul Rahman Park.
Macam nak ke bulan pulak. Topi bercermin dan beroksigen tu berat sikit tapi ok dan tak perlu bimbang terserempak 'jaws' Ramai pelancong yang 'que' menunggu. Bayaran boleh tahan. Kalau tak silap RM250 sekali cuba untuk 10 minit. Fuhhh... 10 minit pun macam setahun, macam2 yang difikirkan, selain jumpa ikan, takut lemas juga, maklumlah main dengan air.. Yang bestnya ikan mengelilingi kami dan puas menikmati pemandangan di bawah air.... hmmm alangkah baiknya kalau di pulau kita di Terengganu ni ada kemudahan sebegini, tentu lebih menarik kerana laut kita cantik kan? Jika ada masa dan kelapangan, lawat lah Sabah.... best! Banyak yang boleh kita belajar dari depa..
Untuk sebarang komen, hantarlah ke email: ttgaterengganu@gmail.com
No comments:
Post a Comment