About TTGA

My photo
Terengganu Tourist Guide Association, YOUNG BUT DYNAMIC.... WE SHARE AND WE CARE!

Sunday, February 13, 2011

MAKLUMAN TERKINI

Salam Sejahtera Semua,
  1. Seramai 120 orang pemandu pelancong (99% city guide) telah pun mendaftar untuk menduduki CTRE di sini pada 19hb dan 20hb Februari dan kesemua mereka telah pun membayar melalui bank-in.  Ahli TTGA yang berminat, segeralah mendaftar kerana tempat terhad dan kelewatan mendaftar tidak dapat dilayan pada hari berkenaan memandangkan kelas bermula TEPAT pada jam 8.30 pagi (CTRE 1) dan tepat pada jam 2.00 petang (CTRE 2), manakala tepat pada jam 8.30pagi pada CTRE 3 esoknya.  Jika saudara/saudari lewat, TIADA SIJIL CTRE DIKELUARKAN.  Harap elakkan masalah datang lambat dan tunjukkan contoh yang sepatutnya terhadap sahabat TG yang datang dari jauh.  Kita sebagai tuan rumah hendaklah lebih bersedia daripada mereka.  Bayaran untuk CTRE RM50 x 3 = RM150.00. 
  2. Kepada ahli TTGA yang ingin mengikuti CTRE 2 (didalam bas) perlu diingatkan bahawa daftar awal akan membantu saudara/saudari mendapatkan tempat kerana bas yang digunakan adalah bas yang di sediakan oleh pihak TGAs (Persatuan Pemandu Pelancong Negeri2 Lain spt Johor, Penang, Pahang dan Kuala Lumpur) dan kita hanya akan menumpang di dalam bas mereka.  Jika tidak mendaftar awal, pihak urusetia tidak dapat menguruskannya di saat akhir kerana semua urusetia terlibat sebagai peserta kursus CTRE juga.  TOLONG BERI KERJASAMA.
  3. Untuk majlis makan malam ITG, sila beri nama segera ke pihak urusetia kerana majlis ini tertutup untuk TG dan hanya TG yang memberi nama sahaja di galakkan hadir dan majlis ini tidak dibuka kepada orang luar yang bukan TG.  Harap maklum.
  4. Pakaian semasa CTRE - mesti mengikut etika TG.  Selipar, kasut sukan, jeans, kemeja T kolar bulat sama sekali tidak dibenarkan.  Talipon hendaklah dimatikan atau di 'silent'kan semasa mengikuti kursus ini.  Pihak Urusetia/MTGC akan mengarahkan kita keluar sekiranya engkar arahan.  (Sesekali kita kena patuh dengan arahan kerana itu merupakan displin yang mesti dipatuhi, betul tak?)  Jika kita rasa kita tidak mahu mengikut semua arahan dan ingin engkar dengan arahan berkenaan, senang aja, jangan masuk kursus CTRE, so tak payah buat orang marah!
  5. 3 orang TG akan membantu menguruskan penginapan di Homestay Teluk Ketapang (TG Sofiah, TG Mae Ann dan TG Maziah) dan harap beri kerjasama kepada mereka.  (Jika tidak dapat bantu, berilah 'moral support' supaya mereka lebih bersemangat membuat kerja).
Peraturan Semasa Affiliate Meeting:
  1. Hanya 3 orang telah dipilih mewakili TTGA.  Sekiranya ada usul, cadangan dari saudara/saudari, sila tulis email dan hantar kepada ttgaterengganu@gmail.com dan hanya usul yang ditapis senarai sahaja yang boleh dikemukakan semasa mesyuarat tersebut nanti.
  2. Jika masih ada yang tidak berpuashati, sila hantar email berkenaan terus ke MTGC di mtgc@streamyx.com atau hantar terus ke pihak Kementerian Pelancongan Malaysia.  TTGA tiada kuasa untuk mengarahkan sesiapa termasuk pihak KEMENTERIAN PELANCONGAN melakukan sesuatu mengikut kehendak kita.  TTGA juga bukan agensi yang dibayar gaji ataupun mendapat elaun dari mana-mana pihak untuk mengikut mana-mana arahan dari individu TETAPI TTGA terutama AJK adalah sebagai pemudahcara dan pengantara diantara ahli dan pihak Kerajaan.  Mana-mana ketidak puasan hati dari individu, itu adalah hak masing-masing dan sekiranya mahu meluahkannya, gunakan saluran yang betul - bawa dalam mesyuarat.  Mesyuarat pula diadakan paling kerap 2 bulan sekali, mengikut kehadiran AJK dan Setiausaha/Pengerusi tidak mampu MEMAKSA semua AJK hadir. 
  3. Pesanan - sebagai seorang pemandu pelancong (TG), jika masih baru, BELAJARLAH banyak2 dari senior TG (dari luar Terengganu).  Jangan lah kita tunjuk pandai sebelum orang lain ketawakan kita.  Sebagai TG, kita mesti banyak bersabar kerana jika tidak boleh sabar, kita TIDAK LAYAK menjadi TG.  Bagaimana kita nak uruskan pelancong yang mempunyai berbagai kerenah jika kita tiada sifat penyabar?  Siapa kita yang nak tunjuk ego sedangkan kita pun ditaja untuk belajar?  Kita mesti sentiasa berterima kasih terutama kepada pihak Kerajaan Negeri, kepada Kementerian Pelancongan yang cukup banyak membantu kita sehingga berjaya menjadi sebagai seorang pemandu pelancong.  Cara kita berterima kasih mudah aja, ikut peraturan dan arahan dan jalankan tugas dengan baik dan bukannya kita mencerca sambil mendabik dada - mentang2 dah dapat lesen, kita besar kepala pula!  Nanti orang akan kata, itu baru ditaja, kalau kita keluar duit poket sendiri bagaimana pula lagak kita ya?  Saya bercakap ni atas apa yang saya lalui sekarang.... terlalu banyak cakap2 belakang yang tidak puas hati bila sudah dapat lesen TG.   Tolonglah beri kerjasama.  Jangan terlalu banyak meminta, tapi berilah peluang dan ambillah peluang mendapatkan sebanyak mungkin 'assignment'.  Saya bimbang jika terlalu banyak complaint, terlalu banyak buat telahan, terlalu banyak merungut, kita akan diketepikan dan sudahnya kita yang akan rugi!!  Menjadi pemandu pelancong bukan seperti menjadi kerani ataupun penjawat awam, tapi pemandu pelancong sentiasa 'kemaskini' semua pengetahuan yang ada, sentiasa ceria dan sentiasa suka dengan pelancong yang datang!  Naluri berkhidmat dengan pelancong sebenarnya datang sendiri dan bukan dibuat2!. 
Akhir sekali, kita kena ingat juga bahawa ada masanya kita lupa.....  mungkin dulu kita pernah minta TTGA membantu kita mendapatkan projek dan apabila telah diperolehi kita tidak perlu TTGA lagi.  Tapi TTGA tetap ingat kerana segala dokumen yang berkaitan masih tersimpan rapi dan janji2 yang ditaburkan kepada TTGA masih belum dipenuhi... so, mengapa kita asyik menyalahkan TTGA dan asyik tak puas hati???? 

No comments:

Post a Comment