Salam Sejahtera,
Terlebih dahulu kami Jawatankuasa Kerja di TTGA mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua delegasi yang telah pun mendaftar untuk menyertai Affiliate, Board dan CTRE yang akan berlangsung di sini nanti. Kami juga mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Datang ke Negeri Terengganu, Negeri Cantik, Budaya Menarik. Tidak ketinggalan kepada ahli bersekutu dari Negeri Kelantan yang turut sama memberi sokongan untuk menyertai program ini. Kami berharap kesemua berjalan dengan lancar dan sempurna. Walau bagaimana pun, sebagai manusia biasa, sebagai pemandu pelancong 'baru' kami merasa agak 'nervous' sedikit, maklum saja ini adalah program besar yang julung kali diadakan di sini. Terima kasih juga (advance) kepada pihak Kerajaan Negeri terutama kepada Exco Pelancongan yang kita hormati, kepada pihak PSU SUK Pelancongan, kepada semua pegawai yang memberikan kerjasama, kepada pihak Timbalan Exco yang akan menyampaikan ceramah, kepada pihak Jabatan Pelancongan (Encik Ahmad Fathil dan Tn Hj Noravavi), kepada Penerusi Homestay Teluk Ketapang dan keluarga angkat, kepada pihak Hotel Tanjong Vista, pihak MTGC, barisan exco dan Pengerusi-Pengerusi Persatuan Pelancongan Negeri2 di seluruh Malaysia dan semua pemandu-pemandu pelancong yang terlibat.... Terima kasih banyak.
pokok keladi tepi perigi
terima kasih kerana sudi
tahun hadapan buat disini lagi....
Dari kami, Jawatankuasa Kerja TTGA.... we share and we care!!!
No comments:
Post a Comment