About TTGA

My photo
Terengganu Tourist Guide Association, YOUNG BUT DYNAMIC.... WE SHARE AND WE CARE!

Friday, February 25, 2011

TERIMA KASIH

Majlis Mesyuarat Bersekutu & Mesyuarat Lembaga Pengarah telah pun selesai diadakan pada 18-20 Februari 2011 yang lalu.  3 CTRE juga telah di adakan diantara tarikh berkenaan.  Seramai lebih kurang 120 TG dari beberapa negeri turut hadir.  Hanya 25 orang sahaja terlibat didalam mesyuarat bersekutu dan manakala 10 orang sebagai Lembaga Pengarah.

Banyak dugaan dan banyak kerja yang terpaksa di lalui sebelum berlangsung majlis berkenaan.  Tetapi biasalah, bila sudah selesai masih ada lagi yang tidak puas hati.  Macam rumah sudah, pahat berbunyi.  Maaflah, pihak urusetia tak larat nak helo kepada semua ahli.  Mesej sudah dihantar melalui sms, walau tidak semua kerana sms hanya dihantar kepada ahli yang telah pun 'renew' keahlian.  Dan telah juga telah disebarkan melalui blog, jika ada yang tidak membukanya, memang tidak dapat berita.  Pengerusi juga telah menghantar melalui email (jadual dan aturcara ctre) kepada semua ahli yang mempunyai email, dan sudah tentu yang tiada email tidak dapat, tetapi pandai2lah ahli yang sudah terima memberitahu rakannya.... pun ada juga yang tidak puas hati.... maaf lah ya.  Kami tidak upaya nak puaskan hati semua kerana yang boleh bantu buat kerja pun hanya seorang dua, manakala yang lain macam biasa... 'SIBUK'.  

Pihak Urusetia mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada :

1..      TG LOH MAE ANN
2.       TG CHE MAZIAH CHE HASHIM
3.       TG SUFIAH SULONG
4.       TG MOHD NOR
5.       TG MOHD SYAIFULLLAH CHE GHANI
6.       TG MICHEL POI

kerana telah menunjukan komitmen dan kesungguhan dalam menjayakan majlis ini.  TG Loh Mae Ann sanggup datang seawal jam 6.30pagi dan habis bertugas hingga jam 12.00 malam.  Manakala TG Michel pula sanggup datang dari Kuala Besut untuk menguruskan pengangkutan delegasi (transfer) yang tidak mengenal masa.  TG Michel sentiasa tersenyum walau pun baru sahaja mengangkat barang2 berat (spt fail2 dan hadiah2) untuk dihantar ke hotel.  Begitu juga semasa CTRE 3 yang diadakan di Muzium, TG Mae Ann dan TG Michel telah bertungkus lumus mengangkut dan menghantar makan minum peserta ke sana kerana t-break tidak dapat diadakan di Muzium.  Syabas dan terima kasih sekali lagi. 

Tidak dilupakan juga jasa TG Maziah (dari Jerangau) dan TG Sufiah yang bertungkus lumus mengelolakan berbagai kerenah TG2 dari luar yang tinggal di HTK.  Bukan seorang dua yang perlu dilayan.  Dari pagi hingga ke malam.  Walau pun kesemuanya TG, tetapi sebagai manusia tentu ada kekurangan terutama untuk memuaskan hati tamu kita.  Dari turun bas hingga naik semula, dari HTK ke jeti (untuk cruising) dan juga semasa CTRE 3 di Muzium, semuanya dikendalikan oleh mereka tanpa urusetia kerana kami terpaksa menghadiri mesyuarat bersekutu. 

Walau bagaimana pun, majlis tetap meriah dan berjaya kerana kita mendapat kawan baru, kita banyak belajar dari 'senior' dan kita belajar dari kesilapan kita.  Antara mereka yang hadir adalah :- 
    1. Kuala Lumpur TG Association    -     35 orang
    2. Bumiputera TG Association    -    6 orang
    3. Selangor TG Association - 2 orang
    4. Johor TG Association - 38 orang
    5. Pahang TG Association - 38 orang
    6. Penang TG Association - 43 orang
    7. Langkawi TG Association - 6 orang
    8. Women TG Association - 4 orang
    9. Sabah TG Association - 4 orang
    10. Sarawak TG Association - 2 orang
    11. Perak TG Association - 2 orang
    12. Kelantan TG Association - 4 orang (baru diluluskan diterima sebagai affiliate MTGC)
    13. Terengganu TG Association - 22 orang
    14. Board of Directors of MTGC - 12 orang
 Di harap TTGA akan mendapat peluang untuk mengadakan lagi majlis sebegini di masa akan datang. 

TG Maziah & TG Sufiah serta TG Syaiful (membelakang kamera) sentiasa senyum melayan tamu - walau tengah panas terik!

Bakal diserahkan kepada keluarga angkat.  PNGTGA tiba awal di HTK

Kata2 aluan dari Pengerusi TTGA
Bersama Komiti HTK

Serahan pertama
Wakil KLTGA, SWTGA dan BTGA

Kumpulan Gamelan HTK
Bersama penduduk HTK - makan malam tajaan HTK
Antara 'orang kuat' MTGC - TG Pan (PR), TG Hjh Fuziah (Edu)

Trio Terengganu - kemas dan segak2 belaka
TG Kamal (MTGC - Director CTRE) dan TG Maharani (ibu) dr KLTGA

banner - ditaja oleh HTV 
Presiden mempengerusikan Mesyuarat Affiliate - turut hadir TKSU Kementerian Pelancongan, Encik Rashidi dan wakil Jabatan Pelancongan Terengganu, Encik Ahmad Fathil
wakil exco setiap TGAs

Selesai mesyuarat - jumpa lagi di KK Mei nanti!
Semua ini 'orang berpengalaman' TG dan mempunyai banyak idea untuk di kongsi - terutama dari team PHTGA!
TG Zulkifli dan isteri TG Mahiran sering mengikuti program ctre di mana sahaja sama ada di Pahang mahupun di Terengganu.  Begitu juga TG Michel yang banyak memberi kerjasama melaksanakan program kali ini.  Terima kasih!
Presiden, Jimmy Leong, TG Kenny (PHGTGA) dan TG Lim Poh Lok (KTGA)

Dua 'orang lama' pernah berkhidmat dlm pasukan beruniform - TG Zukni dari BTGA dan TG Zahari dari TTGA
TG Belinda - Akaun MTGC, TG Anne Molly - Sec Gen MTGC dan wakil dari JTGA
TG Edwin - dari SWKTGA, orang kuat ketika Affiliate & Board diadakan di Kuching tahun lepas dan hanya malam ini kita nampak dia senyum.... syabas TG Edwin!  Semoga program akan datang lebih sukses lagi.
TG Aziz (TTGA tp asal Sabah) - sentiasa ceria!
Sebagai TG, kita sentiasa menghiburkan orang lain, membuatkan orang lain ketawa, suka dan gembira.  Apa salah sesekali kita juga gembira kan? 
Sporting TG2 veteran ni!

Pengerusi kita apa kurangnya - boleh menari, menyanyi pun ok dan beri taklimat pun ok!  Pendek kata TG Boleh!
Tak cukup pentas, kat bawah pun ok jugak!
Wah, KLTGA pun sporting habis!
PHTGA memang happening!

Sayang sekali tak dapat gambarkan sketsa dari JTGA kerana kehabisan filem......  Team JTGA pun best, macam nak rak dibuatnya.  Apa pun semua sketsa adalah berkaitan dengan tema pada malam itu -  "BEYOND GUIDING : THE GOOD, THE BAD AND THE UGLY"

Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi
Kalau kami tak dapat memuaskan hati semua orang
Berilah kerjasama lain kali, supaya semua boleh puas hati!!!

 

No comments:

Post a Comment