Kadang2 terfikir pula, mengapa sejak dari awal lagi (maksudnya masa muda2 dulu) mengapalah tak ambil kursus TG, pada hal masa tu kerja pun di bawah Kementerian yang sama. Masa tu tak ada sesiapa pun 'motivate' dan masa tu pula tak fikir yang karier sebagai TG ni sebenarnya cukup 'interesting'. Dah petang menjelang senja ni baru nak ada badge, tu pun mujur dapat tajaan, walau bukan lahir di sini, tapi SYUKUR teramat sangat kerana akhirnya berjaya juga. Rupa2nya best jadi TG ni. Ya lah, walau tak semua orang suka dan tak semua orang tahu kerjaya ni 'best', tapi sebenarnya cukup menyeronokkan. Masakan tidak, boleh jumpa orang dari negara asing, dari luar sana yang berlainan bahasa, bangsa dan budaya. Boleh bertukar2 pendapat, boleh dapat ramai kawan dan boleh pelajari banyak perkara. Duit nombor satu lah, siapa yang tak nak duit kan? Tapi paling penting sekali bila tamu kita rasa puas hati dengan khidmat kita, dengan layanan kita, dengan info yang kita beri dan dengan keikhlasan itulah tamu kita tak lokek 'memberi'. Kadang2 lebat, kadang2 tak seberapa dan kadang2 tak ada!!! Walau apa pun, kita dah dalam bidang ini, bidang yang diceburi dan bidang yang diminati, so, tak ada apa yang nak di gusarkan lagi. Cuma kadang2 berdebar jugalah bila dapat tahu tamu yang akan kita layani adalah orang2 kenamaan dari luar negara.... macam2 terfikir, nak cakap apa ya, nak panggil macam mana ya, apa mereka nak ya? dan banyak lagi lah yang bermain dibenak kita. Tapi, cuba pegang prinsip ini (dengar je, jika tidak boleh ikut), bila kita dapat tamu orang besar (VIP) dari negara mana sekalipun, 'study' sikit berkenaan negara beliau. Cari info di internet, tanya kawan2 dan jangan segan mendapatkan info. Kena fikir yang positif, walau pun tamu kita tu mahal nak senyum, yang penting kita senyum dulu, sapa beliau dulu dan dengar apa kata beliau dahulu, then baru kita berkata2. Apa pun mulai lah dengan Bismillah dan sudahilah dengan Alhamdullillah.... tak gitu?
Semakin lama di bidang ini semakin 'BEST'! Sebab bukan sahaja matang tapi kita mendapat pengalaman luas disamping mempunyai 'kawan' hampir merata dunia. Untuk sampai ke tahap ini, adakah kita mesti menunggu dan menunggu? Jawapannya: tepuk dahi tanyalah kepala kita sendiri...
Peluang ke tempat-tempat seperti ini banyak jika kita benar2 bersedia. Bersedia bermaksud lengkapkan info mengenai tempat2 sebegini, carilah 'contact' dan alamat2 penting dan simpan dalam 'pocket book' kita dan jika rajin, gambarkan dan simpan dalam bentuk tulisan.... untuk tatapan anak cucu kita nanti...
Saat mendebarkan... kadang2 kita menunggu berjam2, tapi tamu kita tak muncul2. Kadang2 kita baru sampai, tamu kita dah lama menunggu.... memanglah menunggu itu membosankan, tapi hakikatnya itu adalah sebahagian dari tugas kita, kerjaya kita dan profesyen yang kita telah ceburi. Hendak atau tak, suka atau tak, teruskan aja jalankan tugas. Yang penting 'happy!'
Kadang2 pula orang lain tak suka, tapi kita suka. Kadang2 kita nak 'hiburkan' tamu kita, walau pun kita penakut nak bermain dengan binatang ni. So, cubalah... mungkin dengan mencuba sesuatu yang baru akan menggembirakan kita juga. Cuma... jangan kita memandai2 atau tunjuk pandai atau nak tunjuk 'terror' pula, takut silap haribulan, bahana pula yang kita dapat. Berpada-padalah.... Alah, kalau main2 dengan ular tak apa kan? Bukannya macam pacat! eeeeeee
Kalau bawa tamu yang ada anak2 pula, kadang2 kita tumpang gembira sebab anak2 mereka comel2 dan keletah. Tambah2 jika boleh bercakap dengan anak2 tersebut. Jika ada yang nak bergambar...macam dalam gambar ni...ha.. tengok2 kiri kanan dulu, tanya 'penjaga' pak wang ni dulu, takut2 kita memandai2 nanti, budak ni akan ....sadokaullah pula. Banyak yang patut kita fikirkan, demi keselamatan tamu kita, betul tak?
Nampak aja 'map' ni macam tak ada makna apa2 kan? Ni contoh aja. Kadang2 tamu kita tetiba je buka 'map' dan tanya kita... jarak dari sini ke sinun berapa jauh? berapa jam? berapa kali 'toilet stop' dan sebagainya. Soalan2 'bonus' ni, memang 'simple', tapi jika 'knowledge' kita kureng, terkial2 juga nak jawab. Sebab tu kena selalu buat 'homework' sebelum bawa tamu terutama dari luar negara. Kita kena sedia soalan untuk kita sendiri sebelum nak menjawab dan menerangkan kepada mereka. Tak mudah juga kawan!
'Signage2' seperti ni kadang2 membantu, kadang macam 'hantu'. Masakan tidak, bulan ni kita tengok ada, cantik dan 'outlet' berkenaan pun ok semua. So kita 'confident' lah sebab nanti boleh bawa tamu kita ke sana. Bila dah 'set'kan semua termasuk tempahan, aleh2 bila tamu datang.... hmmm yang tinggal papantanda je menyambut kita... 'outlet'nya tutup pula!. Paling terkesima bila dulu masa kita lawat, tokehnya si John, bila kita datang tokehnya si David - dan 'part' paling best, menu yang kita beri dulu (tak lama mana pun) adalah nasi kandaq, tapi menu yang tertera sekarang ... nasi air aja.... aduhai!
Cobaan...cobaan
'part' paling 'best' - kadang2 kita pakar fasal ikan. Cerita macam rak kepada tamu kita, dari pada habitat ikan hingga ke suku sakat ikan. Kalau tamu tu orang luar (orang putih lah contohnya), siap dengan nama Inggeris dan nama saintifik lagi. Mujur tak sawan menceritakannya... last2 kita jadi separa 'tension' bila kita ajak tamu kita makan, dia kata "sorry, saya tak makan ikan"!!!
@*&$#** Adussss!
Kalau kena macam ni, macam mana nak terang ke tamu kita? Kita gelak aje lah... buat apa nak sakit kepala!
Saja ja, tulis sikit2 untuk di share. Tu pun jika nak share, jika tak suka tak apa. Terpulang. Banyak berjalan jauh pengalaman, semakin lama jadi TG, harap kita semakin berani dan semakin di sayangi. Elaklah terlalu banyak mengeji dan kurang juga strategi2 yang tak berfaedah kepada kita. Relaks, enjoy dan buat takat mana yang kita mampu. Cuma jangan lupa selalulah 'update' pengetahuan kita tak kira di mana kita berada...
Jumpa lagi!





Memang best jadi Pemandu pelancong ni. Walaupun saya dah bekerja tetap (pegawai kerajaan),bidang ni boleh menenangkan jiwa dan tension saya dlm kerja..sambil melancong boleh buat duit..syokk!!
ReplyDelete