About TTGA

My photo
Terengganu Tourist Guide Association, YOUNG BUT DYNAMIC.... WE SHARE AND WE CARE!

Friday, March 4, 2011

Jom Kongsi Cerita...

Pantai kita.  Dimana?  Di Batu Buruk.  Apa yang boleh kita kongsi di sini?  Jawapnya bannnnnyak!  
Contoh:  dari mana datangnya nama BB tu, apa yang ada di situ, berapa pula panjang pantai keseluruhan di Terengganu, pernahkah penyu singgah bertelur BB, bila waktu yang sesuai untuk berjalan2 di pantai ini, apa yang ada di sekitar BB dan banyak lagi.  Sebenarnya jika dah habis membawa grup melawat satu Kuala Terengganu, last sekali bawalah mereka ke pantai BB,  fuhhh, mereka mesti suka, percayalah... dan kadang2 gelihati juga lihat mereka turut membeli layang2 untuk bermain bersama-sama kanak2 tempatan....
BB yang sepi, sesepi pokok rhu (casuarina) yang tinggal beberapa pohon sahaja sekarang.  Apa kata kita dari TTGA pakat tanam pokok rhu ni beramai2, kita jadikan 'anak angkat' TTGA.  Tujuan supaya pantai ini akan kurang terhakis di masa akan datang!

kemas jahitan dan susunan atap ini.  Masih adakah lagi rumah kediaman yang menggunakan konsep sebegini?  Impossible!

alat tenun kain 'pua' di Sarawak.  Apa beza dengan penenun songket di Terengganu?  Bezanya cuma bila kita pelancong melihat penenun di sini buat songket...... zasssss, tetiba saja penenun hilang, yang tinggal cuma alat penenun yang merenung pelancong.....  katanya "takut nak kena cakap omputih!". 
Tapi penenun di Swk tak lari pun, malah layan sembang sampai tak ada apa nak tanya.....    !!! 
Kolam air panas di Johor (maaf, lupa nama tempat ini).  Ditengah2 kolam air panas, dan ditepi dibuat seperti bulatan mengelilingi kolam induk ditengah.  Boleh mandi manda dan airnya mengalir bersih... 

Lengkap dengan canopy lagi... acu buat se di Kenyir.  Tak panas pun tak apa, boleh juga pelancong celup2 kaki di dalamnya.  Sebab di Kenyir tak digalakkan mandi manda, airnya kurang sesuai untuk berenang sesuka hati.  Cuma kita cadang, sedut air tasik, tapis dan salurkan ke kolam baru ala2 gini..... wah, mesti ramai yang gumbira!!!!
sebelum ....
sesudah kembang.... nampak bezanya?  Maaf gambar gelap.  Yang menarik minat adalah 'stand canopy' ni yang unik dan mudah serta praktikal.  Jimat ruang dan kurang mengganggu pelanggan...  hmmm

Makan bersila.  Kalau di inggeriskan bagaimana bunyinya?  seating lunch?   ha ha ha

Aktiviti yang mesti kita jaga dan sentiasa hidupkan.  Menggerai ikan di sungai (maaf jika salah sebut).  Tidak semua tempat ada aktiviti seperti ini dan tidak semua kita berpeluang melihatnya.  Jika ada masa, pergilah ke Kampung Buluh, Kuala Berang... dikatakan sekarang adalah waktu yang sesuai mengadakan aktiviti ini.  Kalau tidak pun, kita beramai2 mandi di sungai.... nostalgia masa kecil2 dulu kan?  Tapi di sungai, ada pacat tak?

Aktiviti sebegini juga akan menguatkan lagi persahabatan kita

Cuba lihat betul2, ada nampak macam 'hantu kucing bertanduk satu?'
Tapi jangan percaya, ini cuma lawak seposen aje.  Jika nak lihat pokok didalam pokok ni, silalah ke P. Kapas

adusss..nyamannya!

lihatlah... pasirnya yang memutih.....airnya yang jernih kebiruan....

bila matahari terbenam...
Sebenarnya tak sesuai lepak2 di pantai waktu macam ni.  Orang tua2 kata banyak hantu setan berkeliaran.  Memang tak sesuai.  elok dok dalam bilik aja. 


No comments:

Post a Comment