About TTGA

My photo
Terengganu Tourist Guide Association, YOUNG BUT DYNAMIC.... WE SHARE AND WE CARE!

Saturday, March 5, 2011

YESTERDAY IS A HISTORY, TODAY IS A GIFT AND TOMORROW IS A MYSTERY!!

Macam biasa.. adat kita jaga, budaya kita pelihara dan warisan kita pertahankan.  Sebagai TG kita mesti sensitif dengan ketiga perkara ini, tidak boleh ambil mudah.  Sempena lawatan sahabat2 TG dari seluruh Malaysia ke sini baru2 ini, mereka kagum dengan adat, budaya dan warisan kita yang masih kental dan terjaga.  Mereka menghormati dan mengikut cara kita.  Apabila TTGA sarankan kepada mereka supaya membawa 'buah tangan' atau 'token' untuk diberikan kepada keluarga angkat sebagai tanda penghargaan kepada 'ibubapa angkat' - ramai yang membuat kejutan dengan memberi 'angpau' kepada keluarga.  Mungkin tempoh Tahun Baru China baru berakhir, sebab itu mereka memberi 'angpau' kepada keluarga.  Apa pun, terima kasih kerana kesudian sahabat2 semua. 

Dan berita 'gumbira' lagi, team dari Penang akan menghantar kumpulan pelancong untuk tinggal di HTK!  Mereka sudah buat perjanjian dengan Pengerusi HTK!  Syabas kepada semua.  Mungkin kerana layanan dan tertarik dengan aktiviti sekitar HTK menyebabkan mereka akan datang lagi.  Begitu juga dengan team dari Melaka.  Walau pun semasa 'affiliate mtg' wakil dari Melaka hanya 4 orang sahaja, tetapi mereka akan datang (sebuah bas) ke Kuala Terengganu untuk 'cross ctre' yang bermula dari Kota Bharu, singgah ke Kuala Terengganu dan terus ke Sungai Lembing!  Wah bagus gitu.  Semua ini akan menjadi 'inspirasi' kepada TTGA untuk bergerak dan terus bergerak.  Walau pun 'penggerak' hanya beberapa kerat, tapi perjuangan akan diteruskan.  Dan terima kasih banyak kepada pihak2 yang memberi kerjasama terutama dari pejabat SUK dan Jabatan Pelancongan (Kementerian Pelancongan) Terengganu.  Dan kepada sahabat2 TG di luar sana, teruskan lah datang ke Terengganu, masih banyak yang ingin kami tunjukkan di sini.   

TTGA ingin mengingatkan sekali lagi kepada semua ahli supaya segera memperbaharui keahlian tahun ini (2011) sebelum 30 Mac nanti.   Hubungi Tan atau Ms. Ong untuk tujuan bayaran yuran tahunan. 

Kepada mereka yang berminat menyertai Cross CTRE ke Langkawi (4 sijil) sila beri nama beserta bayaran (RNM290) segera kepada TG Mohd Nor Hj Ismail (Tel:  019 9823877).  Harga bermula dari Kuala Perlis dan pengangkutan ke Kuala Perlis adalah tanggungan masing2.  Jika tiada sambutan dari ahli TTGA, kita akan buka kepada TG dari Pahang dan Kelantan (kerana tempat terhad kepada 40 orang sahaja).  TG kena bertindak cepat, telus dan 'think positive' - tak boleh teragak2 dan leka.  Jangan tunggu orang lain buat keputusan - masing2 sudah cukup dewasa, so, jika difikirkan ingin menambah pengetahuan, silakan.... jika tidak minat..... pullstop!


KURSUS & MESYUARAT
  1. Sebelum itu, pihak Jabatan Pelancongan (Kementerian Pelancongan) Terengganu akan mengadakan   KURSUS ETIKA khas untuk pemandu pelancong dan surat akan dihantar kepada ahli (seramai 30-40 orang sahaja) oleh pihak Motour.  Jika saudara/i merasakan perlu mengikuti kursus ini, hubungi pihak Jabatan Pelancongan (Encik Ahmad Fathil) segera bagi mendapatkan tempat.  Kursus selama 2 hari ini adalah percuma. 
  2. Kursus Eco-host akan dibuat dalam masa terdekat.  TTGA sedang mendapatkan tarikh yang sesuai
  3. Kursus Pengesahan (Confirmation Course) juga akan di adakan sebelum bulan Jun.  Bagi mereka yang bakal menduduki kursus ini, diharap bersedia (termasuk yuran) dan terbuka kepada TG yang ingin menambah bahasa asing - boleh mengikuti kursus yang sama (commentary didalam bahasa yang saudara/saudari pilih)
  4. Mesyuarat Agong akan diakan pada bulan April.  Tempat dan masa serta tarikh sebenarnya akan diberitahu kelak. 
Jika AJK mempunyai perancangan untuk mengadakan sebarang acara, kursus, lawatan dan sebagainya - tolong bentangkan kertas konsep kepada Pengerusi untuk dibincangkan dalam mesyuarat AJK.  

Pesanan - Pilihlah menjadi TG yang 'low profile'!  Bersikap sederhana dalam semua hal adalah lebih baik dan akan lebih dihormati.  Kita kena saling mengingati.  Bukan berdengki atau irihati.  YESTERDAY IS A HISTORY, TODAY IS A GIFT AND TOMORROW IS A MYSTERY!! 
Terima kasih

No comments:

Post a Comment