Blog TTGA ni ringkas dan dibuat oleh seorang yang bukan pakar IT. Belajar ikut buku dan sedia menerima teguran serta pandangan untuk memperelokkan lagi tahap blogspot kita ni. Percuma, tanpa bayaran, sesiapa pun boleh beri pandangan demi kebaikan ahli-ahli kita. Segala berita yang di muatkan adalah sekadar renungan dan rujukan (jika perlu) dan juga bertindak sebagai penyebar maklumat untuk ahli kita.
Perjalanan TTGA umpama menaiki tangga yang belum jumpa penghujungnya. Kita mendaki dan terus mendaki. Mudah2an kita akan bertemu di satu titik pertemuan kejayaan suatu hari nanti... Insyaallah.
Kadang2 kita lalui laluan yang berliku2 dan berbelit2. Tapi sebab kita ada matlamat, kita teruskan juga....
Kadang2 Persatuan ni macam kenderaan.. ada pemandu tapi tiada pengalaman, ada penumpang tapi tak tahu tujuan. Bila berada di persimpangan, kita keliru sama ada mahu ke kiri atau ke kanan atau terus kehadapan.. sebab semua ada cabaran dan saingan dari lain2 kenderaan. Jika kita tidak bergerak, akan disergah pula kerana menjadi gangguan pemandu di belakang... so, ndak atau tidak.. tepuk dada tanya lah hati kita... walau payah, walau susah, teruskan hayunan langkah itu...
Atau jika kita cukup gagah, ada kuasa dan ada keinginan, kita boleh terbang tinggi mengibarkan sayap semahu-mahunya. Kita boleh menyambar apa saja yang kita suka. Membujur lalu... tapi adakah kita mahu menjadi seperti itu?
Begitulah antara perjalanan kehidupan seharian kita sebagai seorang TG !

No comments:
Post a Comment