About TTGA

My photo
Terengganu Tourist Guide Association, YOUNG BUT DYNAMIC.... WE SHARE AND WE CARE!

Sunday, May 1, 2011

TTGA Serba Boleh!

Cuba lihat betul2, siapa di antara mereka yang bakal menggugat Peter Gilmore?  he he
tahun ni rasanya ramai nak join kan?

ni melompat menang ke, atau melompat kerana terpijak paku?



tahun ini, kita 'beli' yatch kita sendiri..... he he

Jika panjang umur, TTGA akan menyertai berbagai lagi aktiviti menarik sepanjang tahun.  Cuma kekangan masa sahaja yang menyebabkan kita tidak dapat menyertai.  Ada di antara aktiviti yang tidak membabitkan TTGA langsung, tetapi sebagai pemandu pelancong bertauliah, kita boleh aja menyertai asal kita 'market'kan diri kita sebagai TG.  Tidak semua orang tahu dan jika ada yang tahu pun cuma beberapa orang sahaja.  Kita sepatutnya 'mencari ruang' menyertai masyarakat supaya masyarakat iktiraf kita.   Apabila bergaul, banyakkan mendengar tetapi bukan meminta orang lain mendengar kita.  Di dalam bas dan apabila bersama grup, kita adalah 'hero bercakap' dan tak habis2 akan bercakap (commentary) tetapi apabila bersama masyarakat mengadakan aktiviti, lebih baik diam kerana diam2 kita berisi.... maksudnya berisi ilmu pengetahuan!

CTRE di Langkawi

Baru-baru ini saya mengikuti kursus CTRE di Langkawi.  Pakej bayaran termasuk tiket feri pergi balik, penginapan 2 malam, pengangkutan semasa di Langkawi, makan minum dan yuran CTRE (4 kali).  Selama 3 hari 2 malam.  Interesting dan banyak perkara baru yang diperolehi walau telah berulang kali ke sana.  Alhamdullillah, walau penat tapi berbaloi dengan bayaran.  Terima kasih Kak Fauziah yang menjemput menyertai Cross CTRE ini.  Seramai lebih kurang 17 orang peserta dari KLTGA, SWKTGA, JTGA, LGTGA dan saya dari TTGA. 

Antara tajuk2nya :  1.  MANGROVES     2.   VISIT BUFFALO PARK      3.  UPDATES UNDERWATER WORLD   4.  TALK ON BIODIVERSITY FLORA FAUNA (SNAKES)

Banyak ilmu yang diperolehi terutama mengenai sejarah awal Langkawi, termasuk pembentukan kepulauan Langkawi.  Kami juga dibawa FAM Trip sekitar Langkawi termasuk ke Pulau Tikus melalui Sungai Kilim, menyusuri hutan paya bakau, dibawah melawat ke Buffalo Park, satu produk baru yang menarik dan banyak lagi.  Sedikit info mengenai Langkawi yang boleh dikongsi bersama :-

  • Terdiri dari 99 buah pulau
  • Keluasan 47,848 hectar.  2/3 terdiri dari bukit bukau dan tanah tinggi
  • Pentadbiran - Pekan Kuah
  • Penduduk - 99,841 (setakat 2009)
  • Nisbah - 88% Melayu, 6% China, 2% India, 4% lain2
  • 80% - sumber berasaskan pelancongan
  • Suhu - 22 hingga 34 Celcius
  • Musim hujan - Julai hingga Oktober
  • Musim kering - Disember hingga Mac
  • 1983 - Pembangunan Tanjung Aru (4,000 ha)
  • 1 Jan 1987 - Langkawi di istihar sebagai Pulau Bebas Cukai
  • 15 Mac 1990 - Di establish oleh LADA (Langkawi Development Authority) dibawah Akta Parlimen (423) Kementerian Kewangan
  • 24 April 2001 - Diistihar sebagai Langkawi Tourism City (Bandar Pelancongan Langkawi)
  • 1 Jun 2007 - Di istihar sebagai Langkawi as 52nd Global Geopark oleh UNESCO
Selain dari beberapa fakta di atas, Langkawi boleh dilawati dengan menaiki feri dan kapalterbang:
- Feri dari Kuala Perlis (45 minit) setiap sejam sekali
- feri dari Kuala Kedah (1 jam 15 min) sejam sekali
- Feri dari Penang (2 jam 30 min) 2 kali sehari
- Feri dari Satun, Thai (1 jam) 2 kali sehari
- Star Cruise :  Singapura/Port Klang/Pulau Pinang/Langkawi/Phuket

- MAS (6/7 kali sehari) Boeing 737
- Airasia (10/11 kali sehari) Airbus A320
- Firefly (Penang/Langkawi) ATR72 (2 kali sehari)
- Singapura/Penang/Langkawi (setiap hari) Boeing 737 (MAS)
- Singapura/Langkawi (4 kali seminggu) Airbus 320 (Airasia)
- Silk Air (Airbus A319) 5 kali seminggu

Paling seronok melawat Pulau Anak Tikus dan mendengar taklimat mengenai bakau2 serta ular.  Ada ular tidak berbisa, separa berbisa dan berbisa.   Apa pun, jika ada peluang CTRE di Langkawi lagi, jangan lepaskan peluang...... bertemu dengan TG2 dari lain2 chapter, banyak yang dikongsi, diceritakan dan diambil ikhtibar....  hmm part paling seram apabila senior TG menceritakan pengalaman bertemu dengan makhluk2 yang tidak semua orang boleh temui.  Pada 27hb April, kami dibawa menyertai Majlis Makan Malam (LTGA Annual Dinner) yang ke 18!!!!  Memang happening...


Kak Fauziah bukan sahaja seorang TG yang profesional malah pandai menyanyi

Pintu masuk ke 'Buffalo Park', Kg Nyior Cabang

TG Vincent - orang lama yang kaya dengan pengalaman dan tidak lokek menurunkan ilmu2 dan tips sebagai seorang TG kepada golongan muda (TG Pelapis)


TG Osman - asal dari Nature Guide tetapi sekarang telah berjaya menjadi seorang 'naturalist' dan 'pakar ular' yang disegani di Langkawi.  Setiap ungkapan beliau amat berhati2 memberikan 'commentary' tetapi cukup padat dan kemas - hampir ternganga kami dibuatnya!
Di Pulau Anak Tikus - berebut2 nak mendengar taklimat TG Osman - walau panas terik tapi puas hati!
Di sini masih terdapat fosil yang menunjukan pulau ini suatu masa dahulu berada di bawa paras air laut

Tekun mereka berbincang - TG2 senior, Abg Salleh, Cikgu Teoh, Cikgu Alex dan TG Ismail
1 TG setiap satu grup - semasa di Gua Kelawar di Langkawi
Dayang Bunting - lenanya masih panjang...

TG Osman - Naturalist yang disegani

Saturday, April 23, 2011

Jauh Berjalan....

Jika jauh berjalan, menambah pengalaman.  Jom kita kongsi cerita mengenai tempat baru - jauh tapi didekatkan...  Gambar dan cerita sekadar renungan.
Kerapu Bebek - rasanya belum ada lagi di sini.  Masih dalam percubaan.  Dikatakan harganya boleh mencecah sehingga 70USD sekilo!  Wow....
tangki kolam yang digunakan untuk pemeliharaan ikan (kerapu dan berbagai lagi).  Air laut di tapis melalui beberapa peringkat dan dimasukkah kedalam kolam ini.  Air lebihan mengalir keluar dan disalur terus ke longkang dan ke laut semula.  Maknanya ikan2 yang dipelihara tidak menggunakan air yang dikitar semula.  Sebab itu ikan2 di sini segar dan berkualiti..

Namanya ? Tapi harganya mahal!

Anak ikan ini membesar dengan sihat didalam air yang bersih

Macam haruan tasik je..

rumah ikan nemo..

sepasang nemo sedang menjaga telur2 sebelum menetas.  Telur2 melekat didasar piring (mungkin dari tanah liat) dan induknya berlegar2 di sekeliling piring berkenaan

'sarang' ikan ini unik kan?

'Siger' ikon Bandar Lampung, Sumatera Selatan
uniknya atap ni, bukan dibuat dari daun nipah

durian Lampung
macam pokok herba, tapi bunganya cukup cantik dan segar..

air kelapa + susu + gula merah... sedapp!

di tempat kita ada kelapa dara..

nampak aja kecil, tapi meriah kerana ramai yang datang membeli berbagai jenis kerepek di sini.  Kerepek pisang keju, coklat, moka antara yang paling laris.   

Monday, April 4, 2011

Perjalanan Kita Masih Jauh... Banyak Yang Ingin Di Pelajari

Perjalanan kita masih jauh.  Usia TTGA masih mentah jika dibandingkan dengan chapter2 lain.  PNGTGA sudah ujud berpuluh tahun (44 tahun), begitu juga JTGA, PHGTGA dan SNGORTGA.  Tapi kita berterima kasih kerana ahli-ahli memberikan kerjasama sedikit sebanyak dalam memperkasakan lagi Persatuan kita.  Terima kasih juga kepada AJK yang sedia dan sentiasa memberi idea untuk merapatkan lagi hubungan kita sesama TG.  Sebagai manusia biasa, kita tetap melakukan kesilapan dan kesilapan ini adalah sebagai pengajaran untuk kita menambah-baik Persatuan. 

Blog TTGA ni ringkas dan dibuat oleh seorang yang bukan pakar IT.  Belajar ikut buku dan sedia menerima teguran serta pandangan untuk memperelokkan lagi tahap blogspot kita ni.  Percuma, tanpa bayaran, sesiapa pun boleh beri pandangan demi kebaikan ahli-ahli kita.  Segala berita yang di muatkan adalah sekadar renungan dan rujukan (jika perlu) dan juga bertindak sebagai penyebar maklumat untuk ahli kita. 

Perjalanan TTGA umpama menaiki tangga yang belum jumpa penghujungnya.  Kita mendaki dan terus mendaki.  Mudah2an kita akan bertemu di satu titik pertemuan kejayaan suatu hari nanti... Insyaallah.

Kadang2 kita lalui laluan yang berliku2 dan berbelit2.  Tapi sebab kita ada matlamat, kita teruskan juga....

Kadang2 Persatuan ni macam kenderaan.. ada pemandu tapi tiada pengalaman, ada penumpang tapi  tak tahu tujuan.  Bila berada di persimpangan, kita keliru sama ada mahu ke kiri atau ke kanan atau terus kehadapan.. sebab semua ada cabaran dan saingan dari lain2 kenderaan.  Jika kita tidak bergerak, akan disergah pula kerana menjadi gangguan pemandu di belakang... so, ndak atau tidak.. tepuk dada tanya lah hati kita... walau payah, walau susah, teruskan hayunan langkah itu...

Atau jika kita cukup gagah, ada kuasa dan ada keinginan, kita boleh terbang tinggi mengibarkan sayap semahu-mahunya.  Kita boleh menyambar apa saja yang kita suka.  Membujur lalu... tapi adakah kita mahu menjadi seperti itu? 

Begitulah antara perjalanan kehidupan seharian kita sebagai seorang TG !


Saturday, April 2, 2011

Suatu hari di musim hujan....

Suatu hari sewaktu kami menghala ke Kuala Berang (daerah kesukaanku..) kami telah ternampak burung enggang (hornbill)... lalu gambar pun di rakam.
Walau pun waktu hampir hujan turun, rasa teruja nak lihat lebih banyak lagi..
puas menunggu... enggang ni pun menunggu temannya di pokok sebelah.  Tak datang2.  Sudah beberapa kali terserempak burung2 enggang ini terutama melalui kawasan luar KT.  Baru-baru ini terdapat sekumpulan burung enggang terbang melintasi laluan kami... malangnya kamera tak ada bateri.. hu hu hu.  Apa pun, info mengenai enggang di kawasan kita ni cukup banyak.  Boleh jadi bahan story kita nanti...

Hujan dimana-mana, air bertakung dan akhirnya banjir... kesian kita! 

Tapi walau pun cuaca tak menentu, kita tetap bersyukur kerana negara kita jauh dari malapetaka alam..

Suatu hari di musim hujan - sewaktu ke Taman Negara, singgah di pasar sebentar dan ramai penjual sayur menjual 'cendawan' ini.  Mereka kata 'kulat tahun' kerana tumbuh setahun sekali.  Rasanya manis dan sedap sangat.  Tak kisahlah apa namanya, asal boleh dimakan dah kira bagus.  Ada yang datang dari jauh semata-mata mendapatkan 'kulat' ini.

Selalu juga nampak kuih ni, tapi tak pernah beli sebab tak menarik hati.  Tapi semalam, selepas hujan, singgah sebentar di pasar Kuala Berang, setelah puas pusing2, terus beli kuih dan..
beli yang ini.  Bila sampai di rumah, terus rasa.... hmmmm Masyaallah, sedapnya!  Memang manis tapi bukan manis gula, ada lemak sedikit, tapi rasa tak cukup pula.  Bila disejukkan lagi sedap!  Baru saya tahu kesedapan kuih tradisi ini.  Kalau tak salah, yang atas bunga tanjung dan yang bawah jala mas.. jika silap nama, maaf ya.  Lupa nak tanya dengan mak yang jual tu..  Memang sedap, walau dibuat dari telur itik, tapi tak bau hanyir pun!  Boleh rekomen ke kawan2 di luar TGG.



Saturday, March 26, 2011

Berminat ke Kota Kinabalu?

SBHTGA akan mengadakan Affiliate & Board Meeting pada 6-8 Mei 2011 bertempat di Kota Kinabalu.  Semasa mesyuarat berlangsung, akan diadakan juga program CTRE.  Ahli2 TTGA yang berminat untuk mengambil CTRE di Kota Kinabalu, bolehlah hubungi terus ke Pengerusi SBHTGA, Datin Freida di talian 019862878 untuk mendapatkan info terkini.  Setakat ini belum di maklumkan secara detail mengenai tempat mesyuarat dan CTRE akan diadakan.  Segala perbelanjaan adalah tanggungan sendiri (tambang kapalterbang, penginapan, makan minum dan yuran CTRE). 

Friday, March 25, 2011

CTRE - News from PHTGA

RW Genting organising FAM Tour on 19-20 April 2011, 2 Days 1 Nite + CTRE Certs.  Register before 3rd April 2011 - limit to 20 pax only.  First come first serve basis.  Interested, please call TG Norizan Pahang at 0199894854 immidietly!

TIDE (TERENGGANU INTERNATIONAL DESIGN EXCELLENT

Baru-baru terdapat sebuah event bertaraf antarabangsa diadakan di Kuala Terengganu.  Kami diarahkan mengambil tamu dari Pekan, Pahang dengan bas YPK.  Seawal jam 7 pagi kami bertemu dengan organiser di Ladang dan menaiki bas menuju ke Pekan.  Mengapa bas YPK dan bukan bas pesiaran?  Kami tidak ada jawapannya.  Program di bawah UPEN. 

Sepanjang perjalanan (2 buas bas) kami tertanya2 sesama sendiri, siapa tamu2 itu nanti?  Apa yang diberitahu, tamu adalah dari Filipina.  Tiba di Pekan, kami mencari2 lokasi dimana untuk mengambil mereka.... pusing sana pusing sini, call sana call sini, akhirnya kami jumpa jalan menuju ke lokasi tersebut..... Kampung Sungai Keladi, Pusat Tenun di Pekan, Pahang.  Jalan agak lecak dan bas tersasar kerana tiada signage yang lengkap, maka berundurlah kami dan akhirnya, sekitar jam 12 tengahari kami tiba di Muzium berkenaan.  Tempatnya cantik tapi agak terpencil sedikit.  Tak kisalah, sebagai TG boleh aja berkhidmat di mana2, yang penting bersedia sebelum berjumpa dengan tamu kita...

Amboi ramai sungguh mereka... melebihi 80 orang.  Bas cuma boleh memuatkan seramai 34 orang sahaja setiap satu dan yang lainnya menaiki kereta kerajaan, van, dan juga mpv.  Kesemua kenderaan bergerak berasingan kecuali bas.  Bas pertama membawa delegasi dari Filipina dan bas kedua membawa delegasi Indonesia (campur2 dengan Singapura, Cambodia dan Vietnam).  Perjalan balik diiringi oleh polis pengiring. 

Sebenarnya program ini anjurkan oleh TIDE dan kami pun baru tahu apa itu TIDE.  Delegasi pula ada yang tinggal di Riyaz, ada yang tinggal di Primula dan juga Felda Residence.  Rupa2nya ada yang datang direct ke Kuala Terengganu.  Kami juga tertanya2 mengapa kenderaan lain tiada menggunakan TG?  Kami tiada jawapan sampai sudah... maaf, bukan nak memandai, tapi ini adalah event yang dikendalikan oleh pihak kerajaan serta TIDE dan baru pertama kali diadakan di Malaysia, manakala Terengganu bernasib baik kerana terpilih sebagai tuan rumah.  Mungkin lain kali pihak berkenaan sudah ada pengalaman dan akan menggunakan khidmat TG sepanjang program - paling tidak untuk transfer dari hotel ke pusat konvensyen!  Kebetulan pada hari ke3 diadakan lawatan separuh hari, kami mengiringi mereka ke Pusat Pembuatan Batik, Pusat Pembuatan Songket (kedua2 di Chendering), Pusat Kraftangan juga di Chendering dan akhir sekali ke Pasar Payang.  Delegasi Indonesia kebanyakan pengusaha toko batik, songket dan tenunan dari seluruh Indonesia, begitu juga dengan dari negara Asean lainnya, so kebanyakan mereka bergaya sakan dengan pakaian tradisi masing2.  Paling tidak dilupakan, salah seorang delegasi dari Filipina kurang sihat dan pihak hotel telah memanggil doktor (kebetulan peserta dari Filipina adalah sahabat kepada Tengku Ampuan Pahang).  Satu lagi insiden semasa kami bersiap2 untuk majlis makan malam hari ke 3, salah seorang delegasi dari Indonesia telah terjatuh di dalam bilik hotel penginapan beliau.  Umurnya 77 tahun dan tidak boleh bergerak kerana sebelum ini beliau pernah 2 kali melakukan pembedahan di pinggulnya.  Aduh.... kelam kabut sikit kerana pihak ambulan terpaksa mengusung beliau yang tinggal di tingkat atas.  Dengan kesakitan yang amat sangat, saya mengiringi beliau menaiki ambulan ke hospital SNZ, manakala delegasi lain terus ke majlis makan malam.  Setiba di hospital beliau telah diberi suntikan menahan sakit dan di xray!  Tapi menjelang tengah malam beliau ingin pulang ke hotel kerana tidak mahu tinggal di hospital.  (Untuk makluman, jika membawa pelancong ke hospital mesti lengkap dengan pasport dan lebih mudah lagi jika beliau mempunyai insuran sendiri supaya tidak perlu membayar deposit yang berjumlah lebih dari RM2000).  Kami telah menghubungi anak beliau di Jakarta dan beliau datang pada keesokan harinya.  Cemas, memang cemas kerana umur beliau dan keadaan fizikal yang tidak mengizinkan beliau berjalan.  Sehinggalah keesokan hari, sewaktu berangkat pulang ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud, beliau menggunakan wheelchair - tapi lega sedikit kerana beliau telah pun sembuh sedikit - cuma tidak boleh banyak bergerak.  Suasana check in di airport agak kecoh sedikit kerana grup besar (termasuk semua delegasi dari Asean) pulang serentak dan kapal MH penuh!  Mereka kebanyakannya beranggapan semudah airport KLIA!  Walau bagaimana pun dengan bantuan dari pihak Urusetia, semua delegasi telah pun check in tanpa sebarang masalah...

Alhamdullillah, semua telah selamat sampai ke destinasi masing2.  Meninggalkan kenangan indah kepada kami dan semua itu adalah pengajaran paling bermakna dalam tempoh menjadi TG ini kerana kami bekerja seawal pagi, bermula jam 6 dan berakhir jam 12 malam!  Selepas kembali dari airport, terus sambung tidur berjam2 kerana terlalu exhausted!  Masakan tidak, bukan mudah menguruskan delegasi turun dan naik bas.  Orang lihat kerja kita sebagai TG mungkin akan kata senang, tapi tidak.  Apa lagi jika mereka kebanyakannya berumur 60 tahun keatas.  Naik ke atas bas perlu di pimpin dan turun pun mesti di pimpin juga.  Kadang2 tertinggal barang termasuk tas tangan dan juga handphone.  Ada juga di antara delegasi yang mengomel komplain itu ini, dan sebagai TG, kami senyum aja kerana nak tolong tak tahu apa yang mereka benar2 mahukan, tak tolong pula kasihan dengan keadaan mereka.... sudahnya kami hanya tolong senyum dan angguk aja lah...

Antara lain yang kami dengar :  ada yang kata akan datang lagi kerana suka dengan Terengganu dan negara kita dan belum puas explore lagi... hmmm satu peluang bagus kerana kami boleh promote lebih banyak lagi dan ada pula yang kata...."this is the first and last we come here!"....  mungkin kerana tak larat turun naik tangga di hotel (terutama di Riyaz kerana bila sarapan mereka menaiki dan menuruni tangga dan disebabkan umur mereka) atau pun tak puas hati kerana tidak menepati kehendak mereka (Wallahualam).  Apa pun kami layan dan tetap layan.  Selagi boleh pimpin, kami pimpin dan selagi boleh senyum kami senyum.  Terutama bila di dalam bas, ada diantara mereka mahu ke sana, mahu ke sini sedangkan itu tidak ada di dalam itinerary mereka, kami kata tak apa... nanti sila datang lagi, kita akan bawa ke mana saja mereka mahu melawatnya!

Paling bangga apabila mereka puas hati dengan khidmat yang kami berikan, mereka pun tahu kami sama2 penat dan tak cukup rehat... yang penting delegasi happy!  Ada yang membisikkan.... boleh kah jika mereka datang sekali lagi dan di bawa ke tempat pembuatan emas?  Kerana mereka dapat tahu di Terengganu ada tukang emas yang mempunyai kemahiran tinggi dalam mengukir (mereka lebih tahu dari kami rupa2nya!) dan begitu juga ada di antara mereka yang mahu di bawa ke tempat pembuatan perak - kerana diantara mereka pernah ke Kelantan dan ke pusat pembuatan perak dan mereka yang bertanya adalah dari golongan yang mampu!  So, jika ada diantara TG2 yang ada maklumat2 seperti ini, bersediakan, mana tahu jika ada rezeki, nak dijadikan rezeki kita, mereka datang lagi?  Akan kami khabarkan nanti kepada ahli2 TTGA akan kehadiran mereka, Insyaallah!.   Cuma jika mereka bukan dari Indonesia, kenalah bersedia dengan TG yang ada E ya, sebab mereka tidak faham bahasa Malaysia...

Pengalaman ini untuk dikongsi bersama bukan sahaja untuk ahli TTGA malah kepada semua pihak yang terlibat termasuk pihak kerajaan Negeri.  Gunakanlah khidmat TG terutama apabila mengendalikan event yang melibatkan delegasi dari luar negara.  Rugi jika tidak menggunakan khidmat kami kerana kami boleh membantu memudahkan urusan Tuan/Puan disamping mempromosikan Terengganu kepada mereka.  Kita saling memerlukan dan saling bantu membantu.  Gunalah peluang ini untuk membantu menjayakan industri pelancongan negeri kita.  Jangan pandang rendah dengan khidmat kami kerana kami telah dilatih untuk bercakap dan berkomentari dengan etika yang telah ditentukan.  Khidmat kami bukan sahaja termaktub kepada pelancong luar, malah terhadap pelancong tempatan juga.  Ambillah contoh seperti Sabah dan Sarawak serta Langkawi yang mana setiap kali kita ke sana (jika dalam kumpulan) mesti disediakan pemandu pelancong (TG) walau pun kita telah berkali-kali melawat negeri tersebut.  TG bukan temberang, TG juga bukan kaki kelentong (seperti anggapan sesetengah orang).  Tidak ada apa yang nak kami temberangkan dan tiada faedahnya jika kami kelentong kerana Terengganu cukup indah dengan budaya dan warisan serta alam semulajadinya - sehinggakan kadang2 tak cukup waktu nak menceritakan kepada pelancong tentang keindahan negeri kita.  

Kepada ahli2 TTGA, terima lah cabaran ini sebagai penguat semangat untuk lebih berjaya dan bukannya putus asa.  Hari ini tidak sama dengan semalam, dan berusahalah mencari peluang supaya kita juga boleh berjaya sepertimana rakan kita di luar sana.  Tidak kita sama ada kita NTG atau CTG, kita tetap TG yang boleh berjaya kerana kita akan sentiasa 'update' informasi Terengganu dari semasa ke semasa.  Elakkan menjadi TG yang popular dengan komplen, yang asyik menyalahkan si anu dan si anu, tapi jadilah TG yang dihormati oleh pelancong kerana pelancong akan membawa pulang cerita kita malah akan merekomen (recommend) kita kepada sahabatnya, saudara maranya supaya datang lagi ke sini - mungkin akan mencari kita menjadi TGnya  (untuk private tour jika bernasib baik) semasa datang lagi nanti.  Percayalah....

Kepada mereka yang telah dikeluarkan sebagai ahli kerana tidak membayar yuran 2 tahun berturut2, pihak TTGA tidak dapat memaksa kerana semuanya terpulang kepada diri masing2.... tapuk dada tanyalah hati... adakah kita mahu teruskan atau setakat ini sahaja? 

sebahagian delegasi yang baru tiba

Ketibaan Kerabat Di Raja Pahang - YM Tengku Azizah

sesi bergambar dengan semua delegasi

tersentuh hati bila dapat mendekati Y.M Tengku - anak raja yang berjiwa rakyat!

Wednesday, March 23, 2011

Produk Kita

Menyambut Tamu - di Makam Mahsuri, Langkawi.  Senyuman yang boleh menambat hati pelancong..
Sungai Kilim -  bersih.  Nampak biasa aja, tapi yang luar biasa adalah cerita mengenainya!!!!

Sungai Kilim yang sentiasa sibuk - bot membawa pelancong keluar masuk

Rusa liar di kaki Gunung Macincang!

sabar menanti untuk menaiki kereta kebel

Boleh kita gunakan sistem ini untuk menaiki bot ke pulau2 di sini?  Guna satu 'entrance' sahaja dan bukannya banyak jeti... bot keluar ikut giliran (spt giliran teksi).  Susah ke jika kita praktikkan disini? 

Mereka dari Singapura.  Di Singapura pun ada kereta kebel, tapi mereka gembira juga menaiki kebel di Macincang.  They came, they saw and they are happy!!

Langkawi - penuh dengan legenda...

Sawadee Mohamad - TG dari Satun, Thailand

bot2 yang membawa pelancong hilir mudik sepanjang Sungai Kilim...
Saya berangankan Sungai Marang atau Sungai KT atau Sungai Nerus atau mana2 sungai kita pun sibuk seperti ini suatu hari nanti...